Thursday, May 7, 2015

Pergi Yang Tak Kembali

Dah lama Opah tak update blog Opah.  Opah pun tak tahu kenapa malas betul nak menulis walaupun sebaris ayat.  Nak kata tak ada masa, tidak jugak.

Ketika itu hidup Opah berkitar pada aktiviti ad hoc bersama Tok Wan.  Pagi ke masjid atau surau utk solat subuh.  Jam 5.30 pg dah keluar rumah.  Tok Wan suka pergi masjid awal.  Tok Wan akan buat solat2 sunat sebelum azan subuh.

Kalau pergi surau, Tok Wan akan jadi tukang buka surau.  Semua lampu dibuka.  Lepas tu ambik penyapu,....sapu.  Dah puas hati, ambil sejadah bentang.  Kalau kat surau, tu keje Opah dan Tok Wan. Tukang bentang sejadah.....

Semua itu adalah satu nostalgia buat Opah.  10 Feb 2015, seperti biasa kami ke masjid solat subuh berjemaah.  Balik singgah makan nasi lemak di gerai Faridah dan anaknya Suhaida.  Setelah sekian lama, pagi tu Tok Wan kembali romantik, meletakkan sotong ke dalam pinggan Opah.  Makan sambil berbual mesra.  Rupanya itulah makan bersama kami ygng terakhir.

Pagi tu lebih kurang 11 pagi, Tok Wan kembali menemui Penciptanya.  Tidak ada pesan ditinggalkan.  Tidak ada rungutan sakit darinya......Terbaringnya umpama sedang tidur......

April 1972 kita bertemu di Simpang dan Februari 2015, Opah semadikan Tok Wan di Simpang.  Sepanjang bersama, Tok Wan tidak pernah menengking Opah apatah lagi meletakkan tangan ke badan Opah.  Tok Wan pendiam orangnya.  Tapi kalau Tok Wan bercerita, complete dengan action dan memek muka.  Opah hanya lihat Tok Wan memukul anak hanya sekali aje.  Tu pun kerana budak2 tu tak pergi mengaji al-Quran.

Kini tinggal Opah keseorangan di rumah tepi paya yang baru dua tahun setengah dibina.  Rumah idaman di kampung yang semua penduduknya Melayu beragama Islam.  Surau yang makmur dengan kuliah2 agama hampir setiap malam.  Jiran yang prihatin dan saling kenal-mengenali dan bertolong-tolongan.  Tapi hati Opah tetap sunyi.....

Bersemadilah dengan aman kekasihku, sahabatku dan pembimbingku......Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.  Amin!  Al-Fatihah!

Tuesday, December 2, 2014

Tuesday, November 25, 2014

Warna Warni Lamanku





Bila hati terasa sayu, inilah penghiburku.  Syukur alhamdulillah....