Monday, December 20, 2010

Lebai Malang..................

Ni opah nak cite ..La ni tiap minggu ada aje kenduri kawin.  Kadang2 sampe 2/3 kenduri nak kena pegi.... Menu semua sama, daging lembu, daging ayam, timun, nenas dan kalau yang lebih duit ada le menu tambahan......apa pun syukur tak payah masak nasi.

Hari Jumaat macam biasa opah balik kg dengan best friend. Dalam kereta tok wan bagitau esok ada kenduri kat rumah kawan dia. opah tanya esok, hari Sabtu?.

ha la esok la. hari Sabtu. Awat esok hari Rabu ke??? Ini stail orang Kedah perli. Merah juga telinga opah, tapi nak buat macam mana dah jatuh hati kat best friend ni.....

Jam 12 tgh opah dgn tok wan pun pi makan kenduri..... Dalam kereta dok bincang sape yang kawin sbb kawan tok wan dok bujang trang tang tang......

Sampe kat rumah kenduri, sunyi sepi...apa dah jadi?. tak kan tak kenduri. kemah ada. kereta banyak cuma tak ada orang kat kemah.  hanya pekerja..Betoi ke kawan ni yang jemput kite. salah orang kot. ada kad tak?????bla3 soalan keluo macam mercun meletop

Dia call......sms ada tak? jawapan klasik "tah"...bagi sini phone nak tengok kalau ada sms....

Cari punya cari...jumpa!!!!.  "Dijemput abang dan keluarga ke majlis perkahwinan adik saya pada 19.12.2010 (Ahad)". lengkap dgn hari sekali.......
tu die!!!!.. dari niat nak makan nasi minyak  jadi makan nasi kando mamak......

1 comment: