Thursday, January 6, 2011

Azam 2011

Tahun baru 2011 dah 6 hari berlalu. Tiap tahun orang akan tanya apa azam tahun baru. Macam2 jawapan ada, semua penuh semangat, penuh wawasan, penuh angan2. ada nak berenti merokok, ada nak kumpul duit nak kawen, ada nak jadi baik, ada nak masuk u, ada ini ada itu, pendeknya semua baik.....ok???.

Dalam begitu banyak hasrat dan cita2 utk buat terbaik, terbalik pulak kat ofis aku. Minggu ni dah 6 kali mesyuarat, pagi petang. macam2 agenda, macam2 perkara. ok la tu, awal tahun kena bincang program yang nak dibuat. Tapi yang pelik bin ajaib bin masyhul (betoi ke ejaan ni), kata mesyuarat pukul 9 pagi, jam 10 tak dak ape2 lagi. ahli mesyuarat dah penuh, tokey tak masuk2 jugak.  kalau sekali boleh kata ada hal penting, tapi kalau dah dua tiga kali......apa lagi nak kate....azam baru 2011, mesyuarat start lambat dari waktu yang ditetapkan....

Orang la ni bila cakap, mesti tak lupa pase impak......la ni opah nak cite pase impak lewat mula mesyuarat. opah nampak dah jadi trend, ahli mula dah datang lewat mesyuarat, lenggang lenggok macam lenggang mak limah masuk bilik.....tak rasa bersalah pun.  yang kita datang pantual sampai dah kebas punggung tunggu depa......benggang betoi.  rasa macam nak pi panggil tokey suruh mai cepat.  aku ingat lagi waktu kat sekolah dulu, guru beso pesan, kalau cikgu mai lambat, monitor pi panggil cikgu.....nampak nak kena buat macam tu kot nu?????

Mesyuarat ni pake setiausaha. awe2 dah ada agenda tapi kepala ni berserabut dok fikir pase apa jadi panjang bejela2 mesyuarat.  tak fokus langsung.....merepek meraban cari jalan macam orang tak pakai gps. sat sesat kiri, sat sesat kanan....last2 masuk longkang.  Bincang bukan main punya hebat, macam berdebat piala menteri, tapi keputusan hari ini, esok lusa tukaq...jadi mcm kata orang kedah, pi mai pi mai dok tang tu jugak.

Lagi satu yang dok heran, masa keje tiap orang 8 jam, kalau nak tambah sendiri tu alhamdulillah. Peraturan dah ada waktu 1 sampe 2 tgh waktu rehat.  Enjin pun kalau dok pasang tiap hari tak renti2, boleh rosak, inikan pula manusia. Habit mesyuarat sampe masuk waktu rehat tak diberi perhatian oleh tokey...waktu sejam tu la nak makan, nak sembahyang, nak sando badan kat kerusi.....kalau waktu tu dah dicuri, tinggal ape lagi....nak kata banggang, masing2 dah masuk universiti. 

La ni opah tengok kat ofis opah ramai dah dok sok sek sok sek dok tarik hingus. muka dah tak berseri. yang pake skirt pendek pun pake selendang, pake blazer, pake segalanya janji tak sejukkkkk!!!!!!

3 comments:

  1. haha..sabo opah ye...xlame dah lg..tinggai 6 bulan je lg sblm nak say bye2 to opiz..:-P

    ReplyDelete
  2. he3..biasa ler tu opah..nih spesis ckp org pandai..sndri suruh org tunggu buntut die dtg..dah ar lambat..

    lagi mengaji tinggi lagi tak de sivik muahahahahaaa

    ReplyDelete
  3. btul la...sabo2 je le...xlame lg jd la YB...

    ReplyDelete