Sunday, January 30, 2011

Don't Judge The Book By Its Cover.....................

Ini ada satu cerita yang opah nak share dengan anak cucu opah.  Kalau kita jumpa orang yang tak dikenali, jangan cepat2 kita buat conclusion.....orang ni orang kampung ke?  orang bandar ke? kerja hebat ke? dan bla....bla....bla....lagi..................

Masa opah nak register kat kaunter untuk jumpa Dr, opah kena isi dua borang.  Borang pertama tentang particular opah. Nama, alamat, pekerjaan, no telefon di bahagian A dan bahagian B opah kena isi nama waris.  Memandangkan opah datang dengan anak keempat yang kalau dilihat macam budak perempuan Tingkatan 5, opah pun tulis nama anak opah selaku waris.  Mana la tau, kot2 opah kena bayo banyak ke, adalah tukang bayar.

Dah isi, opah pun hantar kat kauter pendaftaran lepas tu pegawai kat situ suruh opah pi ke kaunter 217.  Opah pun pi ke kaunter yang ditunjuk dan kebetulan nombor opah naik.  Anak turut serta dok tepi opah. Bila dia tengok pekerjaan opah, dia perhati lama kat opah,  Betul ke orang tua ni.  Lepas tu tengok pula kat pekerjaan waris opah yang dok kat sebelah yang opah tulis engineer.   Lagi tambah hairan dia...betul ke???? Budak pompuan yang pakai T-shirt lusuh, kasut selipar jepun dan seluar jeans ini ENGINEER.  Mak oi!!!sah mak cik ni salah tulis.

Lepas tu pegawai tu tanya...............

Pegawai :  Puan tahu tak bahawa puan kena deposit RM500.00
Opah : Kawan2 kata RM80.00 saja....(opah saja kata sebab dia tengok opah semacam saja)
Opah : Saya ada bawa gurantee letter tempat kerja.  Boleh guna yang tu....
Pegawai : Ada bawa surat dari Dr. tak?
Opah : Saya dah buat appointment dan ini no appointmentnya...
Pegawai : Tak boleh pakai yang ini, puan kena bayar dulu..............

Opah rasa pegawai tu mesti sangka opah tak datang lagi.  Tup2 tak sampai lima minit opah sampai dengan resit dah bayar lima ratus ringgit.  Baru rupa dia manis sikit...................

Opah nak ingatkan anak cucu termasuk opah sendiri.  Jangan dok pandang rendah pada orang  terutama yang kurang bergaya dgn beg tangan berjenama, baju branded dan entah apa2 lagi.......Tuhan cipta hambaNya sama sahaja.  Tiap insan ada kekuatan dan kelemahannya.........................

3 comments:

  1. tue die tgk mak g ngn alya...blom die tgk den lg he3...lagi selekeh :D

    ReplyDelete
  2. hehe. kalo aku musti dia hingat aku nih drebar jer.. hahaha.. apa la.. kang ckp jawa br tau.. kuikuikui

    ReplyDelete