Monday, January 10, 2011

Kawan, Rakan atau Sahabat?????

Opah dah lama bejalan, naik basikal, naik sampan, naik bas, naik kereta api, naik kereta, naik feri dan sekali sekala naik kape tebang.  Seronok ada, takut ada, menyampah ada dan macam2 lagi.  Bercelaru rasa bila naik kenderaan awam tak kira darat, laut mahupun udara.  Kita tak naik sorang, yang pasti ada makhluk lain turut naik sama kita.  Melayu. Cina, India, Panjabi, Iban, Bidayuh dan lain-lain bangsa termasuk kadangkala Mat Saleh (kakak jangan perasan pulak).  Dah nama macam2, maka macam2 jugaklah perangai dia orang. 1Malaysialah katakan.......!!!

Eh!!kenapa meraban ni.....yang nak cite kisah kawan, tapi set induksi tak apa2!!!

Opah ni tak lama nak sampai ke perhentian terakhir. La ni dok jalan keliling Malaysia....tengok keindahan Malaysia.  Dalam dok jalan tu, cari2 juga kawan2 lama, masa sekolah, masa u, masa keje dan masa rewang2 kat kampung.  Rupa2nya kawan2 banyak dah berubah, berubah rupa, berubah size dan yang paling opah tekejut berubah perangai.  Ada yang dah jadi datin, datuk, dr. dan tak apa2 lagi.

Tapi opah bersyukur sebab kebanyakan yang rapat dengan opah zaman sekolah dan zaman keje, walaupun dah berumah dan berkereta beso, masih maintain macam dulu.  Sembang pun tak bagi panggil pangkat atau gelaran - dok hang aku juga, koma teman juga. Itu yang best tu...!!! Ada sorang kawan opah tu, waktu opah tumpang tido kat rumah dia, complete bagi opah tido dalam bilik master bedroom.  Amboi mak! macam tido kat hotel 5 star.  hebat, sampai risau opah takut koto tilam, maklumlah cadar putih, opah pula dok asyik batuk2 kalau malam.  Dalam dok riso2 tu tido lengkap campor dengkur.  Nasib baik kawan opah tak sedo, kalau tidak malu eh...

Ada satu lagi kawan opah, la ni dah naik pangkat jadi bos no 1 kat negeri nun jauh di utara.  Perangai dia ni lain sikit.  Kawan dia, dia buat macam orang suruhan. Orang dulu2 kata, habis madu sepah dibuang....Dulu dia ni baik juga dengan opah.  Mengadu siang malam problem bercinta...malam takut tido sorang, kita tukang teman, nak barang order aje, kita pun tolong.  Bila dah jadi bos, jalan pun dah pandai buat tak nampak...konon2 sibuk bertelefon masalah negeri dan negara....Ingat2lah sama, ini semua duniawi....Yang ni nak kata ape...kawanke, rakanke atau sahabat........

Pada opah ketiga2 bukan, kawan bukan, rakan bukan, sahabat lagilah bukan.  Yang ini dipanggil KUTU dan PIJAT...............

3 comments: