Sunday, January 30, 2011

Kerja...Kerja....Kerja...Bekerjalah kita sekuatnya...................

Lama sungguh opah tak update blog opah.  Bukan tak teringat nak update, tapi banyak beno yang opah kena tengok.  Sangkakan dah mula tahun baru, kuranglah sikit kerja yang nak dibuat...maklumlah tahun baru bermula, budget pun tak masuk lagi.  Top2 tahun 2011 ni lagi dahsyat kena kerja.

Hari pertama dah kena kerja, tapi nasib baik tak jauh.  Lima minit dah sampai kalau ikutkan jarak, lebih kurang 3 km dari rumah tapi yang seronoknya, terpaksa berpusing sampai 12 km.  Janji sampai jam 7.00 pagi, jam 7.45 pagi baru sampai.  Punyalah menyumpah sendiri2, Putrajaya pun boleh sesat ke....isy3!!! nampak sangat orang kampung.

Minggu kedua bos hantar pi utara.  Seronoklah juga  balik ke kampung suami.  Yang tak seronoknya, Kedah hari Ahad dah kerja.  Apa lagi hari Sabtu dah kena pi sebab hari Ahad pagi2 nak pi kerja.  Mak oi, belum sempat cuti sebab kat negeri opah hari Ahad Cuti.  Tok Wan dah mula membebel....dah tak tau cuti ke?????

27 Januari, Opah pi IJN check jantung....Ini ekoran daripada x-ray kat hospital biasa, nampak jantung bengkak sikit.  Appointment opah jam 8.30 pagi tapi yang seronoknya time appointment opah dengan anak nombor 4 opah dok atas jalan raya lagi.  Bukan tak pernah opah lalu kat IJN tapi entah macam mana opah ajak anak opah lalu kat MRR2.  Dah la tu, sampai kat junction Ampang, tak masuk pulak tu.  Last2 sampai kat IJN jam 9.45 pagi.

La ni opah kena pergi IJN lagi....banyak sebab jantung boleh bengkak.  Darah tinggi ke? Stress kerja ke? Walau apapun opah nak ingatkan cucu2 opah yang kerja sampai tak pandang belakang, kerja sampai lupa aspek kesihatan.  Bila dah jadi macam ini opah teringat kata2 CEO Coca Cola, Mr Bryan Dyson (betul ke ejaan ni, salah opah minta maaf)

“Imagine life as a game you are juggling some five balls in the air. You name them – work, family, health, friends and spirit and you are keeping all of these in the air.

You’ll soon understand that work  is a rubber ball.  If you drop it, it will bounce back.

But the other 4 balls – Family, Health, Friend and Spirit – are made of glass.  If you drop one of these, they’ll irrevocably scuffed, marked, nicked, demaged or even shattered.  They’ll never be the same.  You must  understand that and strive for it”

“WORK EFFECIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME”

“GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS DAN HAVE PROPER REST”

La ni opah nak ikut nasihat bagus ni..........cuti raya cina, cuti bersama keluarga!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment