Tuesday, January 11, 2011

Restoran Aneka Rasa dan Aneka Tipu........

Hari ini opah sampai ke pekan Alor Setar di negeri Jelapang Padi.  Orang kata kat sini kalau makan, jauh beza harganya dengan KL.  Makan murah, rasa sedap.  Lepas check in kat Hotel Star City, opah pun landing sekejap atas katil, rehat - maklumlah penat memandu jauh.

Pukul 6.15, phone bilik opah berdering....ringggggg....ringggggg......ringgggggg!!!!  Opah tak sempat nak habis baca doa.  Siapalah hamba Allah yang tak sabo2 ni.  Bila angkat ganggang phone, suara merdu pompuan tanya opah nak keluar tak....Rupa2nya member kat pejabat ada menginap kat hotel yang sama.  Dia nampak kereta opah, apa lagi laju tanya kat receptionist.  Dah orang pelawa, apa lagi lajulah opah turun..Bukan apa rindu nak cari makanan Alor Setar.

Kami round pekan Alor Setar sampai ke Pekan Rabu yang terkenal dengan pelbagai jualan daripada makanan, brooch, tudung dan macam2 lagi....yang tak ada mak bapak aje.  Dalam dok round pi mai pi mai, ternampak satu gerai tak jauh dari Bangunan Peladang, dekat kuil Siam, Restoran Aneka Rasa yang menjual macam2 ada...Yang layan opah budak muda, baik tutur kata, sabo tunggu opah dan kawan order.  Opah nampak ada chicken chop, apa lagi terus meleleh air lior...order satu.  Kawan opah pun turut jadi orang putih sekejap, dia order chicken wing.  Minuman tak order pula air buah tapi order air barli...

Sampai part nak bayar, berebut kami nak bayar.  Opah tak bawa banyak duit tapi nak tunjuk macam banyak duit.  apa lagi opah pun tanya bil....Terkejut opah tengok bil kami dua orang RM32.00.  Nak tanya malu, tak tanya duit tak banyak.....

Opah : Encik, saya duduk kat  meja 10.
Tuan Kedai : Meja 10, RM32.00
Opah : Mahalnya...saya makan 1 chicken chop, kawan saya 1 pinggan chicken wing (2 ketul)
Anak Tuan Kedai : Abah betul  (tuan kedai dok terbelik2 kertas order.....sakitnya hati.  Kot nak menipu pun biarlah berpada2)

Tuan kedai pun tekan2 dan bagi bil RM17.00, tapi masih tipu juga sebab dua ketul chicken wing RM5.00 tapi dia gasak RM7.00.  Muka dah la macam cuka...Orang bagi tau salah kira pun marah, sepatutnya minta maaf kerana tersilap......Macam ni penjual pun ada.  Ini tuan kedai Melayu, bukan Islam sebab orang Islam tak boleh menipu tapi ramai penianga Melayu dah mula pandai menipu........Depa belajar kat sapa tu???

1 comment:

  1. biasalah...nak kayo cepat..last2x rejeki xberkat, tutup kedai..huhuhu

    ReplyDelete