Tuesday, February 1, 2011

Kenduri Kahwin......

Musim cuti perayaan dan musim cuti sekolah maka ramailah yang buat kenduri kahwin. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari pilihan untuk kenduri kahwin.  Zaman dulu kalau di kampung nak adakan kenduri kendara, tuan rumah akan jemput orang2 tua yang dihormati di kampung untuk berbincang dan letak kerja.  Masak beramai2.  Bahan masakan bawa sorang sikit untuk bantu tuan rumah.  Seminggu dah meriah. Yang perempuan menyiang bawang dan menyiapkan rempah ratus, yang lelaki kat khemah memotong daging dan menyediakan tempat memasak.  Berjaga malam masing2.  Rokok cigaret, rokok daun dan tembakau  diberi percuma.  Kopi penuh cerek.  Semua berkampung di rumah pengantin............

Tapi la ni masa dah berubah.  Tak ada lagi perbincangan satu kampung atau satu taman.  Tak ada lagi letak kerja.  Akhirnya, tarikh dan hari yang sama, dua tiga kenduri kahwin ada.  Tak pergi tak kena, pergi dah tak mampu nak makan.  Dr kata jangan makan banyak daging, makan banyak sayur tapi yang ada kat kenduri kahwin, daging lembu, daging ayam saja..mahu tak mahu balun aje...........Natijahnya....yang tua macam opah ni darah tinggi naik mencacak.................

Satu lagi yang opah hairan.  Zaman sekarang rumah dah makin rapat.  Kalau tak semi-D, terrace, flat atau kondo dan bangalow pun dah dekat2.  Kalau nak diri khemah pun, sah masuk kawasan jiran. Kalau yang ok tak apalah, tapi kalau k.o kan kita juga yang susah.  Opah pun pelek kenapa susah sangat orang kita nak ubah paradigma bila sampai bab kenduri kendara.  Masih lagi suka buat kenduri kat rumah.  Lepas kenduri mulalah masam muka dengan jiran sebelah menyebelah.

Petang tadi opah pergi rumah kaum keluarga opah yang turut sibuk nak buat kenduri waktu Tahun Baru Cina.  Dah la masa ni harga barang mahal, telor pun naik harga sampai  yang gred C sepapan jadi RM9.50, Kawasan taman penuh kiri kanan dengan kereta yang parking tak menentu.  Rumah penuh dengan anak cucu.balik kampung. Opah yang pergi pun tak tahu apa nak tolong....asyik dengar kak opah kata pening kepala.....................

Tu la dulu opah dah kata, buat kenduri kat dewan.  Cost lebih kurang sama saja.   Tak gaduh pening kepala.  Kak opah kata tak seronok.  La ni baru sibuk tak ada sape nak tolong.  Jiran sebelah Cina, nak raya, tak boleh tumpang.  Kat depan rumah kosong dulu dah ada orang sewa dan tak bagi guna compound untuk tempat basuh pinggan mangkuk.  Problem sudah mari....mana tak pening kepala.  Nak seronok punya pasal, sampai pening kepala.  Ha! Baru betul seronok!!!!!!!!!!!!

4 comments:

  1. hehe.. adoi.. mmg xseronok wat kat dewan sebab nak suasana kenduri.. tp jaman dah berubah.. umah taman2 dulu ya la beso jalan nyer.. umah tmn skrg, dah jd sekangkang kera.. huhu..lainla duk kat kpg.. laman lueih.. hehe.. adoi..

    ReplyDelete
  2. kalo nk suasana kmpg leh bt kt padang umah kita..belakang umah pcik saha y penuh dgn suasana kpg he3

    ReplyDelete
  3. haha.. kuren asem nyer konkang.. kuikuikui..

    ReplyDelete