Thursday, February 17, 2011

Kerja oh kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Masa opah kat bangku sekolah dulu, opah selalu tulis dalam kad 001 tentang cita2 opah. 
1. Inspektor Polis
2. Cikgu
3. Kerani

Tanyalah berapa kali pun, jawapan tetap sama...maintain yang tiga tu saja.  Tak pernah pun teringat nak jadi doktor ke, engineer ke, lawyer ke (lawyer buruk ada le!!!), hakim ke atau lain2 kerja yang gaji beso.  Masa tu kalau gaji $300.00 dah cukup beso.  Boleh beli kereta dah!!!!!!!!

Tamat tingkatan 5 naik ke Tingkatan 6.  Bukan main bergaya lagi.  Pergi sekolah tak bawa beg lagi.  Kepit file atau buku yang tebal2.  Konon2nya kuat membaca.  Aksen saja, baca belum tau lagi.  Kawan2 kat kampung yang tak sekolah, tak berani nak berkawan.  Al-maklum kita masih dok belajar, tapi  ada kawan dah dukung anak.

Tamat tingkatan 6, opah dah tak sabar2 nak kerja.  Opah minta jadi inspektor polis dan ayah hari2 suruh minta cikgu.  Minta sajalah.  Bila polis panggil temu duga, bukan main happy opah...ada chance jadi inspektor polis, boleh bawa pistol macam cerita James Bond.  Bukan main angan2 opah.  Nak jadi cerita, cikgu pun panggil temu duga.  Kalau pergi temu duga Inspektor Polis, pergi sama member, yang ni complete ayah hantar naik kereta kawan ayah...

Mak oi.........zaman dulu senang dapat kerja.  dua2 dapat tapi opah terpaksa pilih jadi cikgu sebab nak jaga hati mak ayah.  Apa yang mak ayah cakap tentang kerja cikgu jauh tersasar.  Opah bukan saja mengajar waktu pagi, tapi petang ada kokurikulum, latih budak main netball-almaklum opah dulu pemain netball estate.... Malam pula periksa buku dan prepare untuk nak ajar esok hari.  Pendek kata, bukan kerja separuh hari tapi complete satu hari.  Patutlah opah  tengok, cikgu yang komited banyak yang kena darah tinggi!!!!!!!!

Tak tahan tengok cikgu lain dapat gaji banyak tapi opah sikit aje, opah tekat sambung belajar masuk U.  Keluar U opah tukar profesion, jadi pensyarah.  Kot2 kerja senang sikit, ajar orang muda yang pandai.  Rupa2nya lagi banyak masalah.  Orang muda pandai tipu.  Tipu assignment, tipu waktu exam, tipu tak datang kuliah, tipu datang lewat dan 1001 macam tipu....Sakit hati opah bila tengok dia orang senyum selepas tipu opah.......(ye ke tipu opah atau tipu diri sendiri???????)

Lapan tahun kat sana, deme tukarkan opah ke ibu pejabat.  Buat dasar.  Dah lewat senja ni suruh buat dasar. Mungkin deme ingat, orang tua banyak pengalaman, luas pengetahuan, waras pemikiran.  Betullah, yang nak fikir kita, tapi jangan lupa nak buat kerja orang bawah.  Kalau yang sokong, baik, oklah kita, tapi kalau yang sokong tak berapa nak kuat-roboh kita..........Stress lagi!!!!

Dulu waktu opah kat bawah, asyik dok komen deme yang kat atas, la ni (dok tak berapa atas sangat) opah dok sakit hati dengan deme di bawah (bukan semua....kes2 terpencil - tapi yang terpencil tu yang dok sakit hati).......Bawah payah, atas payah- kat mana nak duduk lagi.  Tu la tak ada kerja, nak cari kerja, dah dapat kerja, rasa macam tak mahu kerja!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebenarnya bukan salah sesiapa pun, kita yang minta kerja, tak ada siapa pun yang paksa kita kerja........BETUL TAK TOK WAN????????   Isy3!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment