Saturday, February 19, 2011

Lambat Sikit Potong..............

Opah ni bukan nak cari kesalahan orang, mahupun company orang.  Tapi adatlah, kalau kita bayar, kita mahu kan service yang baik.  Hari ni opah tertanya2, kerana orang selalu berkata service kakitangan kerajaan atau awam, slow, lembab, banyak red tape dan bla3........

Tapi yang ni bukan kerajaan, tapi slownya mengalahkan kura2 yang melintas jalan.  Kalau bab kesalahan pelanggan, laju pula potongnya.  Reminder yang diberi selalu pada orang yang salah.

Zaman ni rata2 rumah kita ada Astro....Dulu opah masih ingat waktu radio kena lesen RM12.00 kemudian siapa yang ada tv kena bayar RM24.00.  Rakyat hibuh.  Kerajaan tak prihatin.  Last2 kerajaan tidak kenakan bayaran.  Diam sekejap.  Tup2 keluar Astro...yang kaya dan lebih duit mulalah pasang Astro.  la ni yang rumah nak sembah bumi pun pasang Astro.  Sanggup bayar puluh2 ringgit.  Perangai macam tu kebanyakkannya kaum kerabat opah.......Melayu mudah lupa!!!!!!!!!

Balik cerita Astro tadi.  Anak opah yang kat Jasin tu lupa nak bayo bil Astro dan dia tak pernah dapat reminder kerana bil lewat bayar.  Yang dapat opah pula.  Opah pula bila dapat sangkakan astro opah dan bila tanya tok wan bayar dak lagi bil astro.  Tok wan jawab pendek...DAH!!!!!!!!!!  Opah pun ok aje le.  Tak sangka pula yang datang dalam peti sms tu ialah bil anak.

Nak jadi cerita, minggu ni opah datang ke rumah anak keempat yang dok kat Jasin tu kerana start 28 Feb dia kena tukar pi HQ.  Nak tolong pack, rupanya tak perlu.  Company dah ada service packing dan hantar.  Jadi dok lah kat rumah belek sana sini.  astro dah dipotong pada hari Khamis.  Anak opah bayar secara maybank on line pada hari Jumaat, opah sampai malam Jumaat.  astro kosong.  Anak kata dah call astro.

Pagi Jumaat nak dengar bicara agama kat astro, hampas tak dapat....buka tv keluar, the astro card inactive, please contact.............. Jam 10.00 pagi tak boleh tahan.  Call.  Sikit lah susah nak dapat jawapan, berminit2 dengar rakaman yang minta macam2.  At last dapat lah mamat ni jawab phone, tanya no account, tanya no IC anak, tanya no IC pemanggil, bila bayar, kat mana bayar dan last sekali beritahu opah akan dapat line 3 jam dari masa pemanggilan.  Opah ucap tq dan tunggu................

Jam 5.00 petang buka tv dan sekali lagi  keluar  kad bahagian atas, card inactive, please contact...............  Sakitnya hati opah,  apa jenis service macam ni.  Nak duit cepat tapi servis teruk.  Opah call lagi jam 5.30 petang.  Kali ni cepat sikit dapat.  Kalau tadi mamat, kali ni minah pula yang jawab.  Yang ni agak kasar sikit sikapnya, walaupun kata2 ok tapi nada suara marah.  Nasib baik opah, kalau tok wan yang cakap, sah dia kata, awak ingat saya nak menggatal ke????  Minah ni maklumkan line dah sambung tapi ada problem sikit.  Opah boleh dapat semula line astro paling singkat dalam masa 2 jam dan selewat2nya 24 jam.

Amboi mak!!!!!!!! Bagus punya cara berniaga.  Inikah cara orang astro buat perniagaan.  Kalau 24 jam sah opah dah sampai balik ke Putrajaya dan tengok astro kat rumah sendiri.  Opah rasa dah terlalu lama astro ni beroperasi alone.  elok kiranya ada saingan, baru masing2 buat kerja yang sepadan dengan bayaran yang dikutip.  Yang dok kat atas tu, tolonglah2 tengok perangai businessman kat bawah ni.................

1 comment:

  1. Astro mmg BENGONG!!!! haha..tah hape2 servis yg dia kasi.. balik2 citer tu.. balik2 citer tu.. adoi.. mmg dasar.. pyamun.. !! haha

    ReplyDelete