Wednesday, February 16, 2011

Lebuhraya Timur Barat

Lebuhraya Timur Barat mula dibuka pada Julai 1982 dan dari tarikh tersebut perjalanan ke Kelantan bertambah singkat dari lebih 1000 km kepada 123 km.  Dulu kalau nak pergi ke Kota Bharu, Kelantan kena melalui Alor Setar dan masuk ikut Thailand/Siam.  La ni tak payah lagi, berkereta, bermotosikal, berbas atau berlori sudah cepat.

Ni gambar Pulau Banding, sebuah pulau dalam tasik buatan manusia ini.  Aduh....Cantiknya.  Aman berada di pulau ni.  Kalau nak lari daripada fikiran yang berserabut dan bercelaru, elok pergi ke Tasik ini.  Damai, tenang, tenteram dan tak mudah diganggu deringan telefon............


Dulu masa mula2 buka, takut juga nak lalu kat lebuhraya ni...takut komunis, takut gajah, takut binatang2 liar, binatang menjalar, binatang berbisa dan macam2 takut.............isy3!!!!!!!
                                                                                         



Baru2 ni opah, tok wan, anak sulung dan anak bongsu opah pergi ke Bachok, Kelantan - menghantar cucu opah ke rumah pengantin lelaki kat sana.  Mula2 ni hantar le...lain kali sendiri la balik.  Opah bertolak dari KL sebab hari Jumaat tu opah ada mesyuarat kat Hotel Flamingo, Ampang.  Nasib baik anak sulung serah diri jadi driver.  Opah berdua bertolak balik ke Taiping ambil tok wan dan anak bongsu.  Bertolak jam 12.00 tghari, sampai Taiping jam 3.30 ptg dan bertolak ke Kota Bharu jam 4.30 dari Taiping melalui Gerik-Jeli dan sampai kat Jeli jam 9.00 malam.

Kami makan masakan Kelantan kat Jeli..............Masa kat highway tu, kawan2 dah ingatkan kalau jumpa gajah jangan takut, pandu terus.  Kalau dia melintas berhenti, jangan dok pandai2 nak bunyikan hon walaupun hon tu bunyinya canggih.  Tak pasal2 jadi lempeng pulak.........

Opah pun pesan pada tok wan....jangan dok ingat muda lagi walaupun dulu pernah jadi hero Malaya.  Bukan apa, tok wan mudah sangat tekan hon kalau terkejut.  Pada anak2 jangan dok tengo tak tentu hala....ada mata tengok, ada telinga dengar, ada mulut diam....jgan dok jadi gedembir.......

Pesan tinggal pesan.  Seronok memandu ke Kota Bharu melalui Lebuhraya Timur Barat waktu petang.  Tengok matahari terbenam di pucuk kayu  di atas puncak Titiwangsa.  Rasa kesejukan tiupan angin.  Merasa dinginnya kabus petang. Sungguh syahdu............Opah terkedu melihat keagungan Allah....Allah hu akhbar3!!!!!!!!!!!



1 comment:

  1. mmg paksa rela jd dreba..mau penat badan ker..penat telinga...hahahahahaaaa

    lu pikir ar sndri :P

    ReplyDelete