Wednesday, February 16, 2011

Mesyuarat oh Mesyuarat.....................

Mesyuarat atau mesyuawarah adalah langkah terbaik untuk mencapai atau membuat keputusan.  Keputusan yang dilakukan secara konsensus ini sepatutnya dipatuhi, diikuti dan hasilnya atau impaknya atau kesannya biarlah ditanggung bersama.  Bak kata orang tua2 (orang tua yang banyak pengalaman dan pengetahuan), "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
 Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah
 Bulat air kerana pembentung
 Bulat manusia kerana muafakat"......dan banyak lagi kata2 hikmah yang boleh kita jadikan pedoman dan  ikutan.

Bercakap tentang mesyuarat, pengerusinya mesti pandai main peranan, mesti tegas, mesti tajam, mesti berani buat keputusan dan bukannya kaki berleter, kaki bersembang dan kaki penakut.........

Ahli mesyuarat pula mestilah yang dapat seorang pemikir, penyumbang idea, pendapat, pandangan dan kritis yang membina bukannya pengutuk, penyembang, pembuat mesyuarat kecil dalam mesyuarat, tukang caci dan tukang tidur............mmmmmmmmmm.

Urusetia mesyuarat atau setiausaha pula mestilah orang yang cekap memetik isi perbincangan, cekap menulis, cekap memahami maksud ahli mesyuarat, rajin dan pantas bertindak, menyediakan agenda dan bukannya seorang pemenung, pemimpi, pemalas.......

Bila kriteria ini dipenuhi, dah tentu mesyuarat berjalan lancar, tiga hari dah dapat minit mesyuarat untuk bertindak.  Tak lah bertindak ikut catatan masing2 sebaliknya ikut keputusan mesyuarat.  Tak lah ada orang yang tak buat apa2 sebab sangka tak perlu buat.  Tak la ada yang main tukar2 siapa yang perlu buat sebab tak ada minit nak dipegang.  Tak lah berjam2 mesyuarat tapi keputusan tak ada...........

Kadang2 otak pun jadi biul.  Apa taknya, kalau satu hari sampai dua mesyuarat pagi petang.  Yang bestnya ada mesyuarat yang bertindan.   Mana nak pergi............dua2 penting.  Jawabnya adalah yang terlepas sebab diri tak boleh nak dibelah atau dikerat.....................Patutlah sekarang semakin ramai yang kena stress kerja dan makin meningkat yang sakit jantung..............

Apalah gunanya negara maju tapi rakyatnya sakit..........Lu fikirlah sendiri!!!!!!!!!

4 comments:

  1. ahaks...sbb tu gaji harus beso sbb nak byr bil IJN muaahahahahaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. haha..IJN semakin sesak ngan warga-warga malaysia yg berkerjaya..ngee..muda2 pun dh leh kena strok skrg nih..hmmm

    ReplyDelete
  3. huhu.. haha.. mcmaner mau gaji beso nih.. aku nak g rompak robert tokey gula tu la.. hahahha..

    ReplyDelete
  4. Nadia : gaji beso pn tak guna...habis bayo ubatnya
    Diana: Betul kat IJN opah tengok ramai yang muda dah bermasalah...mcm opah ala2 70-an ok la kalau pi IJN
    Lydia: Tokey gula dah lari ke Australia...he3!!!

    ReplyDelete