Sunday, February 27, 2011

Raptai.......

Pagi lagi tok wan dah bangunkan opah suruh siap nak pergi rehersal.  Opah dah pesan pada tok wan suruh bangunkan opah awal, tapi bukannya pukul 4.00 pagi.  Kot ya pun nak pergi pagi, tak lah sepagi tu....

Opah : Pukul berapa bang?
Tok Wan : 4.00 pagi
Opah : Mak oi!!!!!!!awalnya.  Tido lagi la...
Tok Wan : Nanti jangan kelam kabut kalau lewat........Abang dah bangunkan.

Bukan main tok wan warning. Bukan apa tok wan yang dah lama bersara selalu tidor lewat tonton wrestling...jadi tok wan pun takut dia terlena....

Jam lima lagi sekali tok wan bangunkan opah dan siap bagi warning, lepas ni tak bangunkan dah....Opah kali ni tak boleh pejam mata lagi.  Terus bangun, gosok gigi, mandi dan terus gosok baju.  Entah mengapa sejak muda, opah suka gosok baju waktu pagi sebelum pergi kerja.  Minggu ini opah kerja di Merlimau kerana KPM nak berikan tawaran baru pada Guru Besar.  Hari ini raptai nak diadakan pada jam 9.00 pagi.

Opah bertolak dari rumah jam 6.30 pagi, dan sampai ke tempat raptai jam 8.15 pagi.  Tak ramai lagi yang sampai, sebab ramai yang berhenti breakfast kat gerai nasi lemak atau kedai mamak roti canai.  Opah tak singgah mana2 sebab kat rumah dah makan.  Tapi opah sesat jalan dan terpaksa tanya encik polis trafik mana sekolah menengah tun syed zahiruddin, merlimau.  Nasib baik tak jauh sesat.......

Rehersal mula jam 9.30 pagi..... dan diulang sebanyak tiga kali.  Opah hanya tukang tolong2 sahaja sebab tugas opah adalah bahagian jemputan dan sepatutnya dah selesai.  Tapi bila sampai ke dewan sekolah ni, opah terkejut sebab dewan belum susun.  Tagging belum buat.  Bunga belum dihantar oleh Majlis Daerah Merlimau dan bab yang paling best siapa nak buat tagging.  Masing2 kata bukan jawatankuasanya.  Yang seronoknya bahagian ini diberi pada Jabatan Pelajaran Negeri tapi yang datangnya hanya bos sahaja.  Mana pergi anak buah.......isy3!!!!!!!

Memandanngkan pejabat opah jadi tuan rumah, mahu tak mahu daripada penyelaras negeri, penolong pengarah hingga Timbalan Pengarah kena buat tagging.  Bila dah banyak kepala, kerja senang jadi susah.  Si A kata begini, datang B kata begini, datang pula C kata buat lain pula. ....Last2 opah dan dua rakan opah sampai ke hotel jam 7.30 malam.  Jam 8.30 malam, tuan rumah buat jamuan makan untuk bos opah dan opah tumpang sekaki.............Makan makanan laut...........sedap!!!!!!!!!!!!!!!!  Terima kasih JNJK Muar....

Opah tak pernah rasa letih, seletih ini dengan rehersal......Bukan rehersal punya pasal sebenarnya tetapi ketidakcekapan membentuk jawatankuasa menyebabkan hal yang perlu dilakukan tidak ada tukang membuatnya.............Akhirnya siapa yang ada di situ kenalah buat., kalau tidak satu organisasi malu.........pergi check sekolah orang, suruh ini,suruh itu, buat macam ini, buat macam itu, tapi diri sendiri banyak benda tak tahu.......................

Esok jam 6.30 opah akan ke dewan sekolah tersebut.  Opah ditugaskan jadi LO atau bahasa mudahnya pengiring, tukang sambut dan bawa tunjuk kerusi duduk..........opah jadi LO untuk 6 orang pengarah.  Malam ni terpaksa buka portal KPM untuk tengok muka pengarah2 yang opah kena iring.  Minta2 esok opah kenal semua pengarah yang opah kena iring....Iring ke kerusi.  Harap2 tak ada yang minta iring sampai tandas..............

No comments:

Post a Comment