Tuesday, February 1, 2011

Shopping......................

Sekarang ni musim orang ramai keluar membeli belah.  Dua hari lagi kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina dan tahun ini adalah tahun Arnab.  Menurut kepercayaan kaum Cina, tahun Arnab bagus untuk mendirikan rumah tanggu.  Maka makin ramailah yang akan berkahwin pada tahun ini.

Apa opah nak cerita ialah tentang tingkah laku depa yang pergi shopping.  Opah dengan tok wan seperti biasa seminggu sekali akan pergi shopping barang2 dapur kat Tesco.  Bukan apa kat Tesco barang murah sikit...sikit aje tu pun bukan semua murah.  He3!!!!!!!

Hari Ahad baru ni opah pun pergi Tesco.  Kali ni lewat sikit kerana sedap beradu...maklumlah opah balik kampung jumpa orang tersayang.  Opah sampai jam 8.30 pagi.  Pusing2 beli barang, tok wan attack bahagian ikan, daging, ayam dan sayur.  Opah pula sibuk masukkan barang-barang keperluan dapur yang kering. Kerjasamalah katakan.......

Dah penuh troly, opah dengan tok wan pun pi ke cashier.  Mak oi!!!!!!!!!! ramainya orang nak bayar.  Hampir semua kauter dibuka.  Yang seronoknya, masing2 beli barang tak cukup satu troly, ada yang sampai dua troly.  Ada sorang tauke tu beli berpeti2 air minuman, sampai tiga troly.  Satu nyonya pula kebas habis green peas - lengkap satu troly.  Opah bagi tahu dia, opah cari green peas nak buat sup, dah habis.  Opah yang tak malu minta satu daripada anak lelaki dia.  Nasib baik dia bagi...kalau tidak..............e malu!!!  Yang bestnya bila opah dah dapat ada pula satu uncle ni pergi minta satu kat nyonya tu,  Uncle ni pun dapat juga sepaket.............

Opah dan tok wan berbaris di belakang taukey yang beli minuman keras dan lembut bertin2.  Bila bayar, taukey ni bagi kad Tesco.  Bila part dia habis, dia dok tercatok kat situ, nak swipe lagi kad Tesco dia bagi geng dia kat belakang.  Cashier bagitahu tak boleh....orang tak malu ni marah......

Taukey : Apa pase tatak boleh?
Cashier : Satu belian satu kali swipe ma....
Taukey :  Ni orang saya punya kawan...Dia tak ada kad Tesco. Kawan saya satu kali datang  ma....
Cashier :  Saya bos suruh swipe satu kali saja
Taukey : Apa pase tatak boleh?  Lu sapa nama. Mau report sama lu punya bos!!!!!!!!
Supervisor : Taukey jangan itu macam.  Satu beli satu swipe. Tengok belakang lagi ramai mau bayar.  Taukey mau komplain, taukey pegi sana kaunter..........

Ini macam punya orang pun masih ramai.  Pase nak dapat point pun sanggup gaduh2 dengan cashier.  Cashier tu hanya turut arahan bos saje, bukan dia punya kedai boleh buat suka hati.  Kalau mahu banyak dapat point, datang hari2 tunggu dekat cashier, orang bayar minta dia orang guna kad Tesco you.  Silap2 kad Tesco tak swipe, muka pula kena swipe................isy3!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment