Saturday, February 5, 2011

Sudah Hilangkah Rasa Malu....................

Negara di sebelah Timur memang sudah terkenal dengan budaya hormat menghormati.  Orang Jepun, Korea dan China akan sentiasa saling tunduk hormat kepada yang tua atau orang yang dihormati.  Orang India menyusun jari dan mengucapkan selamat pada tetamu dan orang Melayu menghulur tangan berjabat tanda hormat dan berkenalan.

Orang Melayu berbahasa penuh berkias dan berlapik.  Tiap kata disusun agar tidak ada yang terhiris hati atau terasa sayu.  Orang Melayu juga diasuh supaya bersifat pemalu, terutama kaum perempuannya.  Sifat sopan, lemah lembut dan manis kata dijadikan budaya kita..............

Cuma sekarang opah agak musykil.  Adakah sifat rendah diri, pemalu, sopan santun dan hormat menghormati itu sudah hilang, atau mungkin belum hilang sepenuhnya tetapi sudah semakin menipis, setipis kulit bawang...........

Tiap kali opah menghadiri kenduri kahwin, opah sering bertembung dengan waktu pengantin bersanding.  Mungkin secara kebetulan, opah suka pergi majlis walimatururus pada waktu 1 atau 2 ptg.  Kebiasaannya waktu ini orang sudah berkurangan, tak payahlah nak berdiri lama untuk mendapatkan kerusi.  Cuma kalau nasib tidak baik, pada waktu2 sebegini selalunya sebahagian besar makanan sampingan seperti mi, laksa, bubur atau  koew teow sudah habis....tapi opah tak kisah, janji waktu ni tidaklah perlu bersesak2.....

Oh ya!! Bercakap tentang pengantin masa kini.  Terlalu jauh berbeza dengan pengantin zaman dulu.  Dari segi Pakaian pengantin memang cukup menawan, berwarna warni.  Adakala sampai dua tiga fesyen - fesyen 1Malaysia atau fesyen antarabangsa.  Pengapit pengantin juga dah bertukar, kalau dulu orang tua atau yang sudah berkahwin, tapi kini semuanya teruna dara....dan yang lebih menarik lagi, pengantin dulu di atas pelamin tunduk malu, tapi pengantin masa kini siap bersembang atas pelamin.............

Apa nak jadi, opah pun tak tahu.  Di manakah silapnya ibu dan bapa?  Ke manakah perginya didikan agama?? Apakah salah ibu yang mengandung??? atau .................

1 comment:

  1. hehe.. nasib baik dia xwat aksi btepuktampar.. kuikuikui

    ReplyDelete