Monday, March 14, 2011

Aku Bukan Rabiautul Adawiyah

Hari Ahad baru ni, opah berpeluang menonton tv sorang2.  Anak cucu dah balik kg.  Tok wan tak ada.  Apa lagi, opah pun dapatlah relax2 nonton tv.  Opah jarang tonton cerita Melayu sebab banyak benar cerita hantu.  Opah tak gemar nengok cerite macam tu.  Daripada tengok cerita macam tu, baik opah tengok cerita orang putih.  Tapi yang seronoknya orang putih pun macam orang Melayu juga, asyik2 cerita hantu, kalau tak cerita hantu, cerita bunuh membunuh.  Senang benar nak bunuh orang.  Tu la sekarang, makin ramai anak cucu opah, asal marah, tikam, tembak, ketuk dan tah apa2 lagi janji lawan binasa.

Satu lagi tv kita dah jadi tv Indonesia.  Pagi, petang, siang, malam penuh dengan cerita Indon.  Rupa2nya kawan2 opah kat RTM tu suka melayan kehendak tetamu, maklumlah orang Indon tu kan tetamu rakyat Malaysia.  Tetamu kena dihormati baru dapat pahala.

Bercakap tentang pahala, opah nak cerita tentang drama ' Aku bukan Rabiatul Adawiyah' yang opah tonton tu.  Kisah golongan pelacur di lorong gelap dan kotor.  Kawasan kotor dan aktiviti yang dijalankan lagi kotor.  Tapi kekotoran yang ada di  situ semua orang tahu, cuma malangnya tak ada orang yang bersedia untuk membersihkannya.  Kisah yang opah lihat ni kisah dua anak muda yang ingin membersihkan kawasan tersebut, memberi kesedaran kepada ibu ayam.  Cuma yang peliknya dua anak muda ini pun datangnya daripada keluarga pelacur.  Adakah yang boleh membersihkan aktiviti ini mesti datangnya daripada keluarga sedemikian????.

Ibu ayam ni digambarkan sebagai seorang yang sukakan kucing - kutip kucing yang dibuang orang, hantar ke  verterinar untuk diubati dan itempatkan di situ atau dibawa balik ke rumahnya..  Yang lebih melucukan, suami yang melacurkan isteri dok tercongok di situ menjaga anak-anak terbuang dan tak nampak langsung usaha tok aji ni nak menarik keluar bekas isteri dia daripada sarang maksiat.

Banyak benar perkara yang pelik dalam drama ni.  Hasrat hati pengarah nak terangkan bahawa Allah mengasihi umatnya dan sebesar mana dosa kalau kita bertaubat dan berbuat baik sesama insan, malah binatang pun akan dijanjikan syurga.

Opah bimbang, cerita2 berbentuk agama kalau tidak dikaji dengan teliti, diminta nasihat orang yang tinggi ilmu agamanya, bukan boleh menyedarkan kita sebaliknya akan dijadikan alasan untuk terus berada dalam kekotoran................

No comments:

Post a Comment