Thursday, March 17, 2011

Bapa Mithali

Ini cerita yang opah nak kongsi bersama anak cucu opah.  Sekarang ini terlalu banyak berlaku perceraian dalam masyarakat kita.  Waktu bercinta dan nak kahwin, bukan main seribu janji dicurahkan dan segalanya sanggup diberi dan dilakukan.  Tapi bila dah tak suka, macam2 alasan dicari.  Bukan sekadar melepaskan isteri, malah melepaskan segala tanggungjawab yang perlu dilangsaikan.

Dua hari yang lepas, opah pergi makan tengah hari di kantin dekat pejabat opah.  Pergi sorang, balik berkumpulan.  Al-maklum waktu di kantin jumpa rakan sepejabat.  Sibuk opah bercerita tentang rakan opah ini yang rajin menulis dalam facebook.  Banyak video yang dia download daripada tube.

Opah;  U rajin la download bahan dari U-tube dan tag pada rakan-rakan.  Bahan u tu very informative
Rakan :  opah tengok tak tentang kisah peguin
Opah : kisah apa.  Tak tengok pun.  Bila u download.  Ok malam nanti opah tengok
Rakan : Lama dah...kalau cari pun mungkin tak ada
Opah : Ya ke.  Kisah tentang apa tu??????

Kawan opah pun bercerita tentang bapa peguin ini.  Rupanya bapa peguin sebelum musim sejuk, dia akan makan sekenyang-kenyangnya manakala mak peguin pula akan bertelur dan menetaskan anak.  Pada musim sejuk anak peguin akan dijaga oleh bapa peguin dengan mengepit anak peguin di celah kakinya dan menutup anak peguin daripada sejuk.  Sepanjang musim sejuk itu, tugas bapa peguin ialah melindungi anaknya daripada mati kesejukan.  Pabila musim panas datang semula, anak peguin akan diambil semula oleh ibunya.

Opah yang dengar cerita kawan opah ini mengucap panjang.  Allah hu akbar!!!!!!!  Begitu besar pengorbanan bapa peguin dalam memastikan anaknya selamat sepanjang musim sejuk- berlapar dan berdiri melindungi anak.  Alangkah baiknya kalau sifat bapa peguin itu turun kepada bapa2 yang punya anak tapi ditinggalkan dan mula mencari anak apabila tua dan dalam keadaan daif.

Siapakah yang patut disalahkan ketika itu, kiranya anak tidak begitu rapat dengan bapa kandung..............

1 comment:

  1. kuikuikui.. salah bini dia la x kasi laki dia jd penguin.. hehe.. tak pun, xkasi laki dia bela penguin.. kuikuikui...

    ReplyDelete