Tuesday, March 8, 2011

Cucu Datang Lagi..........

1 Mac 2011, opah ke IJN buat kali kedua untuk ambil darah, ujian echo dan stress echo.  Dulu opah pergi dengan anak ke empat, tapi kali ini tak ada siapa yang boleh accompany opah.  Anak sulung baru kerja tak boleh cuti, anak kedua ada anak kecil, anak ketiga sedang sarat mengandung, tunggu hari, anak keempat baru berpindah kerja kat KL, tak boleh cuti dan anak kelima tengah bersekolah.  Tok wan kena tunggu anak kelima, tukang hantar ke sekolah dan ambil dari sekolah.  Driver katakan.....

Opah tekat nak pergi sendiri.  Kalau pergi meeting kat bandaraya, boleh pergi sendiri.  Tak kanlah nak pergi IJN pun takut.  Mengada betul opah ni.  Anak opah yang sedang sarat mengandung offer nak temankan opah, tapi opah tak benarkan - takut2 dia bersalin kat IJN.

Jam 6.30 pagi lepas solat, opah bergerak dari Putrajaya menuju IJN.  Pagi tu hujan, jadi opah terpaksa memandu perlahan.  Al-maklum, mata dah empat ni.  Jam 7.30 pagi sampai IJN- terus pergi ambil darah dulu.  Elok habis, phone berbunyi dan opah dengar suara anak opah yang offer nak accompanya opah.  Sangka opah seperti biasa nak tanya opah sampai atau belum ke IJN.  Bukan apa ini didikan opah pada semua anak-anak, kalau sampai beritahu opah dan kalau opah dan tok wan bergerak ke sesuatu tempat, dalam jangka masa tertentu telefon.  Kira2 untuk check la tu.!!!!!!!!!!!!!!!!.......


Opah:  Assalamualaikum, kak cik ke?
Kak Cik :  Waailaikummussalam.  Mak kat mana?
Opah : Kat IJN, baru sampai.  Kenapa?
Kak Cik : Saje tanya. Nak bagi tahu, kak cik nak pergi hospital.
                Dah turun tanda........
Opah : Tanda darah atau air...
Kak cik ; Dua2 .....
Opah :  Ok nanti mak balik...........

Kan betul opah kata.   Kalau ikut hantar ke IJN, confirm  bersalin kat IJN.............Daripada Intitut Jantung Negara, bertukar menjadi Institut Bersalin Diana..........sedapkan nama tu!!!

Kelam kabut opah jadinya.  Nak cepat buat test dan siap bagi tahu Dr dan nurse nak cepat, anak nak deliver baby.  Nasib baik semua faham...alhamdulillah dipermudah....

Sampai kat Hospital Putrajaya, terus ke bilik menunggu.  Kesian tengok muka menantu yang cemas.  Maklumlah anak sulung, lepas tu isteri kena operate, anak besar.  Pertama dalam sejarah keluarga opah  ada yang bersalin kena oparate.  Opah pun cemas tak tahu apa nak nasihat menantu.........cuma tengok screen terpampar nama Nur Diana Abdullah - Operation On Progress dari jam 1.30 tengah hari dan bertukar kepada Operation Completed/Recovery............baru dua2 orang tarik nafas lega.......


Cucu Pertama Opah : Dania Amani (Hospital UKM: 2.89 kg)
         Cucu Kedua Opah : Nur Afiqah (Hospital Putrajaya: 4.3 kg)

Dua-dua bersemangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Alhamdulillah, Syukur!!!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

  1. haha.. ok la tuh.. anak cipoot muka jasni. haha.. kuikuikui..

    ReplyDelete
  2. Dua2 ambil muka bapaknya. Isy3!!!

    ReplyDelete
  3. nak wat mcmaner.. dah muka tu yg duk tgk ari2.. hehe..kuikuikui

    ReplyDelete