Saturday, March 19, 2011

Kemenjadian Mu Anak Didikku.............

Hujung minggu ini opah menghabiskan masa bersama anak keempat dan anak bongsu opah.  Sudah dua minggu opah tak jumpa dengan tok wan dan anak bongsu opah.  Rindu opah pada kedua-dua insan ini walaupun kadangkala pening juga opah dengan keletah anak bongsu opah.  Maklumlah namanya anak bongsu, banyak mintanya........

Hari Jumaat opah sampai kampung, opah spend masa qada' tidur.  Sabtu baru mula jalan dan malam tadi opah keluar dinner berempat beranak.  Lama opah tak makan yong tau fu Taiping yang tak boleh lawan kesedapannya berbanding yong tau fu tempat opah kerja.  Kebetulan di stall berhampiran, anak murid opah yang dah berusia 30-an menolong bapanya berniaga minuman.  Macam2 jenis minuman ada....Opah order tea o sebab rasa sakit perut opah masih belum sembuh betul, tok wan leache kang, anak keempat pun leache kang dan anak bongsu limau ais. 

Tengah makan opah nampak jelly ice cream, order satu dan kongsi dengan anak bongsu.  Makan besar kami malam ni.  Tak cukup yong tau fu, tok wan dan anak keempat opah tambah order koey teow goreng siap sorang satu dengan tok wan.

Part yang paling best bila nak bayar makan.  Opah minta anak bongsu tolong pergi bayar.  Kerana order daripada beberapa stall, kenalah anak opah pergi ke setiap stall yang kami order makanan.  Habis bayar makanan, opah pun panggil anak murid opah untuk bayar minuman.  Dia senyum aje sambil bawa air untuk customer yang baru masuk.  Opah, tok wan dan anak2 tunggu.   Opah dah kira harga minuman kami, dah ready jumlah wangnya. 

Tak lama lepas tu, dia datang.  Opah dah ready letak wang bawah gelas

Murid :  Terima kasih, Cikgu.  Jangan lupa datang lagi (sambil ambil wang dan pulangkan pada opah)
Opah :  Berapa harga?
Murid :  Sudah kira
Opah : ok. Ambil wang ini
Murid ;  Sudah kira, Cikgu
Opah :   Betullah sudah kira.  Ambillah duit ni!!!
Murid :  Cikgu, malam Sabtu saya tak ambil wang.
Opah :  Oh ya! Malam Sabtu saya bagi wang

Opah cepat2 letak wang dan terus kami anak beranak jalan laju tinggalkan premis.  Orang keliling hairan tengok drama murid dan cikgu.  Yang kelakarnya semua jalan laju tapi anak murid tetap kejar dan beri balance, kononnya.  Rupanya dia ambil cuma RM4.00 saje.  Modal pun tak cukup.  Geleng kepala opah dengan perangai anak murid India ni.  Tiap kali opah pergi makan yong tau fu yang sedap tu, dah tentu air free.  Naik malu nak pergi lagi, sebab tu lah opah hanya duduk makan kalau dah teringin sangat.  Kalau tak pakai pesan anak2 suruh beli.

Opah pernah tanya murid India ni kenapa dia tak mahu ambil wang opah.  Dia jawab ringkas, cikgu selalu ingatkan kami suruh belajar sampai universiti.  Kalau tak dapat masuk lepas form 6, jangan kecewa, kerja dan masa kerja sambung belajar.  Orang yang berhenti belajar macam orang mati.  Sekarang dia sedang sambung buat Masters.  Rupanya leteran nenek kebayan opah tu, ada juga yang lekat kat kepala anak didik opah.

Terkedu opah dengar jawapannya.  Alhamdulillah....!!!!!!!!!!!!.

1 comment:

  1. ooo..mkn beso erk.. huhu..jelesnyer.. abg india tu nyer ais kacang paling best!!!! hehe

    ReplyDelete