Monday, April 25, 2011

Bila Ramai Yang Lupa Diri..........

Entry opah tadi bukan nak cerita tentang makan.  Sebenonya opah nak cerite tentang anak-anak muda dan anak-anak tua masa kini.  Hari Ahad petang, opah dengan anak keempat opah balik dari Tepen, menuju Putrajaya.  Ini rutin kami tiap minggu.  Anak opah ni masih solo, keje kilang jadi tiap hujung minggu dia cuti.  Kebetulan opah pun cuti juga, jadi kami dua beranak pun apa lagi, balik kampung.

Masa anak opah tengah memandu, dia dapat call dari kawan.  Kawan dia tanya tentang kawan sekolej dulu dengo cerite accident.  Opah dengo deme dok bercerite.  Anak opah bagi tahu yang kawan deme ni jatuh moto terlanggo tiang elektrik.  Masa tu dia tengah makan pisang goreng.  Opah pun heran juga dengo cerita anak opah ni.  Orang naik moto, kan dua2 tangan kena pegang handle moto.  Yang ni boleh makan pisang goreng lagi.................Memang budak sengaja memukat nahas le jawabnya..........!!!!!

Dekat nak sampai Sungkai, lagi sekali anak opah dapat call.  Kali ni opah mula le sound.
Opah : Masa memandu, jgn kerap sangat bergayut, nanti lain jadinya. 
Anak :  Japnya.....
Opah : Kot iye pun, dok la kan tepi.  Perlahan kan kereta ni........
Anak : Mak tido le.......buat takut aje.

Ada ke anak opah suruh opah tido.  Dah sah nanti masa opah tido, meter kereta bukan sampai 110 km, tapi lebih.  Bukan boleh percaya sangat orang muda2 ni.  Kalau kena trap, bukan dia nak bayo saman.......masa tu buat senyum paling manis.......isy3!!!!!! sabor2!!!!!!!!!

Opah dengo anak opah bertanya pemanggil betul ke apa yang dia cerita.  Lepas habis phone, opah tanya anak opah, siapa pemanggil dan apa cerita.  Anak opah bagi tau, junior dia kat Academic Sime Darby di Pulau Carey meninggal dunia accident moto, meninggal.  Dalam masa semalam aje opah dengo dua anak muda accident moto.  Seorang selamat, seorang meninggal......Innalillah.......rajiun.....

Bimbang opah dengo data kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.  Siapa yang nak disalahkan.  Anak muda ke?  anak tua ke? sistem ke? kerajaan ke? atau pendidikan ke?  siapa??????????

Yang naik moto dah macam naik basikal pada zaman dulu........Lipat kanan, lipat kiri.......macam tak ada peraturan
Yang pandu lori pun dah macam naik motosikal.  Laju mengalahkan kereta, belok kanan kiri ikut suka, himpit kereta, himpit moto............
Yang bawa kereta pun tak jauh beza.  Laju satu kemestian, potong memotong tak kira kanan atau kiri, janji potong.............
Yang bawa bas pun dah lupa diri.  Tak ingat bawa bas cari rezki.  Laju sama macam kereta, kadangkala lebih laju.  Dengan lori pun nak uji teror........kesan sekali accident, bersusun mati........

Bodies are covered after a tour bus overturned in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.Crash 2011

No comments:

Post a Comment