Monday, April 25, 2011

Bila Tak Ikut Nabi ........................

Sudah dua tiga hari opah tak update blog opah ni.  Nak kata sibuk tak sibuk, tapi nak kata relex pun tak juga.  Jadi apa yang jadi pada opah dua tiga hari ni, opah pun tak tahu.  Tiba2 mood nak menulis hilang, macam hilangnya nyawa sesetengah hamba Allah di jalan raya.

Hujung minggu ini seperti biasa opah dan anak keempat balik ke Taiping, orang kampung opah sebut Tepen.  Hajat nak makan mee hailam kat warung Raja masih belum kesampaian.  Pak cik Raja masih belum berniaga.  Entah kemana perginya taukey ni.  Opah balik tiap minggu, tapi tiap minggu juga tok wan bagi tau,"Raja tak berniaga lagi.........gelap aje stall dia"  Jadi hujung minggu silih berganti warung dan kedai makan kami pergi.  Nak jadi cerita, malam minggu yang baru ni opah, tok wan dan dua anak dara opah pergi makan kat warung berhadapan Hotel Legend dan Masjid Taiping.  Dinding warung hanya kain merah tertulis 'Chicken Chop, Kanji Arab' dan bla, bla, bla.........

Opah dan tok wan order kanji arab ayam berempah.....waiter jawab, ayam tak anak.  Opah kata tak mengapa, ambil ayam dari nasi ayam..........settle.
Anak bongsu opah minta nasi paprik dan kakak dia minta nasi goreng kampung.........settle.

Tak lama kemudian datang bubur nasi, bukan kanji arab........opah tengok tok wan, tok wan tengok opah.  Opah pun pujuk tok wan, makan aje le rezki kita malam ni.  Tunggu la ayam.........sampai habis makan, ayam belum ditangkap.  Opah dan tok wan dah habis makan, bayangkan berapa cepat orang tua makan, tapi makanan anak2 opah belum sampai lagi.........

Opah panggil waiter yang sama tanya mana makanan anak2.  Jawapan, "Sekejap lagi".  Yang hairannya opah tengok orang lain yang lewat sampai dah dapat makanan.

Kali kedua opah panggil waiter lain, dan minta makanan utk anak.  Dia pergi ke tempat memasak dan datang bagi tau, ayam tengah goreng.  Opah kata, "Cancel ayam, saya dah habis makan.  Bawa makaan anak saya"
Lebih kurang 10 minit sampai nasi goreng paprik.  Nasi goreng kampung belum sampai juga. 10 minit kemudian, opah tanya waiter lagi. "Mana satu lagi makanan?"  Dia tanya opah pula, "Order apa tadi?"

Nasib baik stall depan masjid.  Kalau tidak dah lama opah humban budak2 ni dalam longkang.

Dah habis makan, opah suruh anak opah bayarkan kat kauter.  Terkejut opah bila anak opah bagi tau harga makanan kami empat beranak.  Opah bangun dan tanya pada cashier @ waiter berapa harga bubur nasi kosong, nasi goreng  paprik dan nasi goreng kampung

Bubur nasi  kosong: RM3.00
Nasi Goreng Paprik : RM6.50
Nasi Goreng Kampung : RM5.00

Tepen ni harga makanannya murah.  Kami makan kat stall aje, bukan restaurant berbintang.  Harga nasi goreng paprik kat Tepen hanya RM4.50 dan nasi goreng kampung RM3.50, tapi kat stall ini lain beno harganya.  Opah rasa macam nak ikut kata Yusuf aje, " Kita bako aje.......sape setuju angkat tangan"

Udah kerap benar opah terkena waktu makan di warung2 ni.  Ingat hati nak bantu peniaga kecil hidup.  Dulu kena di bandar Alor Setar, yang terkenal dengan harga murah makanan.  La ni terkena kat tempat sendiri........Itu le kita orang Melayu ni bila berniaga, cepat benar nak kaya...........

3 comments:

  1. Orang Melayu meniaga macam tu ler Opah! depa ni tahu berniaga jer...tapi bab servis dorang tak tahu...sebab tu meniaga lingkup...bukan sebab tak laku,sebab servis teruk...

    Tu belum lagi bab bomoh membomoh ni...

    Mahal betul nasi goreng paprik kat sana yer...KITA BAKOR JER he3...

    ReplyDelete
  2. report ker kat KPDNKK.. bior padan muker diorg!! haha.. bakor jer!! bakor jer!!

    ReplyDelete
  3. Jack dan Lydia: Masa tu memang rasa marah sebab rasa macam tertipu. Sekarang dah cool. Bior le deme nak tipu, tak kaya pun........

    ReplyDelete