Saturday, April 30, 2011

Bila Usia Semakin Meningkat

Sejak akhir2 ini, kehidupan opah tidak terurus.  Banyak yang hendak diselesaikan.  Opah tak hendak tinggalkan kerja separuh jalan.  Bila kita pass kepada orang lain, biarlah sempurna.  Kalau tidak, sampai kita dah tak ada di alam ini, orang masih berkata2...........bukan puji tapi sebaliknya.

Minggu ini opah tumpang kereta anak balik kampung.  Dapatlah kereta opah rest sehari dua.  Kalau kereta tu boleh bercakap, dah tentu dia kata terima kasih kat opah.  Dah dua tahun kerja, tapi tak pernah dapat cuti.  Dulu waktu opah sekolah dan sehingga opah jadi cikgu, tajuk karangan yang guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu beri adalah,  "Sekiranya aku sepasang kasut atau sebuah basikal......."  Masa tu tak ada langsung tajuk karangan berkenaan kereta.  Maklumlah, tak ramai yang ada kereta...

Opah ni kalau pergi mana2 pun banyak barang yang opah bawa.  Kalau tak ada tiga beg tak sah......ada aje yang opah nak bawa.  Tak kira sama ada balik kampung ke atau balik bandar ke...Kalau balik kampung, opah beli barang2 yang susah nak dapat kat kampung.  Bila balik bandar, opah beli sayur, ikan, ayam, telur dan serba mak nenek,  yang kat kampung murah, tapi kat bandar macam harga emas..

Bila kat Tepen, opah pergi joging dengan tok wan.  Waktu joging, tak kan nak bawa beg tangan.  Cukup bawa purse dan simpan dalam dash board.  Turun kereta bila sampai rumah, lupa.  Anak pula cerdik.  Nak pergi Penang, guna kereta tok wan dan kereta dia minta opah dan tok wan tolong tengokkan skirting yang longgar. 

Bila anak tanya tok wan kalau ada barang yang nak guna dalam kereta, opah relex aje, sambil baring2 atas katil.  Maklumlah seminggu sekali tidur kat katil sendiri......Tak teringat nak tanya macam mana nak start kereta dia, main ingat semua kereta sama.  Maklumlah dah banyak makan garam....he3!!!!

Tengah happy nonton tv, tok wan masuk bilik.

Tok Wan :  Mai sat.  Pase apa kereta tak boleh start? (tok wan asal orang Kedah, mana boleh tukar dialek walaupun dah puas minum air Sungai Perak)
Opah :  Tak kan kereta baru tak boleh start?  Macam biasa le, masuk kunci pusing untuk start.
Tok Wan : Dah cuba.  Tak bunyi apa pun.......Mai la tengok
Opah : Tengok ape?  Orang pompuan lagi la tak tau..........cuba call anak, tanya

Yang seronoknya, macam mana tok wan boleh lupa.  Masa ambil kereta tu dari kedai, tok wan yang ambil.  Salesman ajar, tok wan dengan bangga start.  Bila bagi kat anak bukan main explain lagi.  Baru dua tiga bulan tak start, dah lupa!!!!!.

Itu kisah tok wan.  Opah pun apa kurang pelupanya.  Masa anak pergi, bukan main pesan dan bye2nya.  Bila anak sampai Penang dan bagi tahu purse opah dalam kereta tok wan, baru terkejut.  Apa taknya, dalam purse tu ada kad pengenalan, credit card, lisence memandu, kad kerja, kad appointment IJN dan card bank.  Complete.  Nyawa tu!!!!!!!!!!!!!  Sehari semalam opah jadi pendatang tanpa izin dan semalaman   tidur opah tak sempurna...........

The moral of the story, 'Don't take things for granted'..

No comments:

Post a Comment