Sunday, April 10, 2011

CUTI..........

Assalamualaikum.  Lama beno opah tak bercerita dalam blog opah.  Bukan apa sibuk memanjang.  Kadangkala opah sendiri hairan, apa benda yang sibuk tu.  Hujung minggu bila renung semula, benda yang sama asyik dibuat.  Yang seronoknya, benda dah buat bulan2 yang lepas, diarah buat yang baru.  Itulah yang berulang kali berlaku.  Opah pun nak naik malas bila berlaku perkara begini.

Nak kata tak ada perancangan strategik.  Ada.  Tak kata tak ada perancangan taktikal.  Ada.  Malah perancangan operasional pun lengkap.  Tapi pelik bin ajaib bin hairan bin bengang.  Perancangan tinggal perancangan......memanjang keputusan berubah2.

Minggu ni opah ambil cuti....letih memikirkan perkara berulang ini.  Yang opah rimas, orang cuti pun orang office asyik call.  Ada aje nak tanya.  Tak boleh tanya ke pada yang ada kat pejabat.  Kalau opah dah tak ada, masih nak call ke lagi????????

Kadangkala opah marah tengok perangai orang yang nak cepat naik atas.  Tunggang kita sampai tak ada hati langsung, tak ada belas kesihan langsung.  Kalau berjaya, maka berkatalah si anu ini, "Ini I yang bagi idea....bla, bla....." tapi kalau gagal pun bunyi juga suara. " Dia orang ni tak nak ikut cakap I"  Besar benar dia punya 'I".  Ikut hati malas nak layan, tapi nama pun kita bekerja dan dibayar gaji, tak mahu pula makan gaji buta.....

Sekarang opah nak relax.  Ada call dari ofis tak nak jawab.  Kalau sms baca aje.  Kalau dok asyik layan ofis baik tak usah cuti.  BETUL TAK???????

2 comments:

  1. Block jer semua call dari opis...or bakor jer...bakor jer opah..

    ReplyDelete