Monday, April 18, 2011

Di mana silapnya....

Masyarakat selalu berkata, anak bongsu hidupnya senang.  Sentiasa dibelai.  Kehendaknya sentiasa dipenuhi.  Tapi betulkah apa yang dikatakan oleh cerdik pandai ini.  Opah rasa, macam salah saje pandangan mereka tentang anak bongsu.  Kenapa orang tak kupas, yang anak bongsu ni lahir ketika ibu dan bapa telah meningkat usia.  Bila mak bapak tua, banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pembesaran anak ini.

Opah anak bongsu yang sentiasa menjadi bahan untuk kakak2 dan abah meletakkan salah.  Dari kecil kalau ada saja yang silap atau salah dan takut mak atau ayah pukul, cepat2 abang dan kakak kata itu opah yang buat.  anak bongsu.  Impaknya kadangkala lepas, kadangkala rotan lekat kat belakang.

Minggu sudah opah pergi melawat sekolah kat Ipoh.  Di sekolah tu ada murid2 istimewa, murid2 Pendidikan Khas.  Opah pergi kat kelas down sindrome.  Ada 5 murid.  4 daripada 5 kanak2 ini ialah anak bongsu.  Kesihan opah tengok.  Ada yang datang nak bersalam dengan opah dan anak yang buat tak tau aje.

Anak bongsu opah yang kini kat Tingkatan 3, alhamdulillah sempurna.  Masa mengandungkan anak bongsu opah, seribu persoalan tiba dan takut tak dapat nak dibayangkan.  Takut nak bersalin, tambahan lagi opah kat seberang laut, sorang2.  Takut dapat anak yang tidak sempurna.  Macam2 punya takut.  Kat kolej teringat, macam mana la rupa budak dalam perut ni....minta doa biarlah semua ok.  Opah nanti kena operate ke?  Last2 dah jenuh fikir, opah marah kat tok wan..... tak pasal2 tok wan kena marah. 

Apa pun yang opah ingat, kiranya kita mengandung waktu tua, jangan abaikan pemakanan.  Happy kan diri.  Banyak berehat.  Baca buku2 yang menghiburkan dan buku2 ilmiah.  Ajak pasangan tengok wayang ke, jalan2 makan angin ke.  Buat macam baru kahwin..........

Bila semua dah dibuat, serah pada Allah.  Kiranya dapat anak yang tak tip top IQnya, jangan bersedih dan jangan abaikan dia sebab kadangkala anak ini akan lebih berjaya daripada kakak dan abangnya dalam hidup.  Percayalah kerana kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya....AMIN!!!!!!

2 comments:

  1. Berserah pada Allah bila semua usaha dah dilakukan...

    ReplyDelete
  2. ahaks..anak bongsu sgt ngam ngan anak sulong muahhhhhhh...kan dak itam?

    ReplyDelete