Monday, April 18, 2011

Rintihan Suami

Pagi tadi waktu opah dalam perjalanan nak datang ofis, opah dengar Datuk Dr. Fadilah Kamsah bercakap tentang rintihan suami.  Opah perkuat volume radio nak dengar apa Dr. Fadilah kata tentang rintihan suami.  Masa tu opah dah hampir benar dengan ofis.  Tak mengapa, nanti opah sambung dengar kat ofis.  Tup2 Dr. Fadilah hanya memberitahu kenapa ia pilih topic tu untuk perbincangannya dan Sinar Era sambung dengan lagu.  Tak kesampaian opah nak dengar. 

Apa pun opah berpendapat suami hari ini sudah jauh berbeza dengan suami zaman dulu.  Opah tengok ayah opah, mak layan macam raja.  Bila ayah balik rumah sama ada balik dari kerja ke, balik jalan2 makan angin ke, balik masjid ke...opah siap bancuh kopi.  Letak atas meja.  Ayah makan sorang2 tak bersama isteri dan anak2.

Makan tengah hari, opah hidang dalam dulang dan letak atas meja.  Opah dengan mak, abang dan kakak makan kat bawah.  Makan serentak, tapi ayah kat atas, kami kat dapur.  Macam tu jugalah waktu minum petang.  Mak opah kena buat kuih.  Tak ada main beli2.  Pagi pun sama waktu breakfast kalau tak sekolah.  Nasi lemah mak masak, roti canai mak uli, roti jala mak tebo, segala2nya homemake. .....original.  Kalau beli ayah kata tak sedap.............Ayah dapat keistimewaan raja, sebab semua makan minum kami, ayah yang sediakan.  Kadangkala opah lihat ayah termenung jauh, bila opah minta duit nak bayar yuran sekolah.  Dulu kalau sekolah orang putih, tiap2 bulan kena bayar school fees.

Mak opah dulu kalau nak beli apa2 mesti dapat kebenaran ayah.  Jalan bertandang rumah kawan, NO sama sekali.  Kalau nak pergi mesti dengan ayah, tak boleh jalan sorang2.  Kalau nak pergi pekan, dengan ayah.  Naik motor.  Pakaian mak opah pun kena sedap mata ayah opah memandang.  Fesyen dan warna kesukaan ayah opah.  Pendek kata, isteri betul2 suri rumah.  Betul ke?  atau babu rumah?.  Lu pikir la sendiri.

Masa tu opah rasa, isteri yang banyak merintih, tapi tak ada orang nak dengar..................

Sekarang suami dah ada assistant.  Isteri tolong suami cari makan.  Sama2 pergi kerja tak kira kerja apa, janji cukup bulan ada gaji.  Balik rumah, sama2 letih.  Suami tak boleh  cakap aku letih dan minta isteri sediakan layanan macam mak opah dulu.  Mati oiiiiiiii.........Isteri pun dah makin berani, berani buat macam2 sehingga ada yang tak terfikir dek opah..........Apa nak jadi!!

Pada opah, suami isteri masa kini mesti bertolak ansur dan faham memahami.  Jangan waktu susah bersama isteri, bila senang tambah satu, dua, tiga isteri.  Dah mula nampak semua buruk pada isteri pertama.  Gemuk le, busuk le, out fashion le dan serba seribu ketidaksempurnaan difikirkan.  Dulu isteri tu jugak dipeluk siang malam.  Isy3!!!!!!!!!!!!!!!!

9 comments:

  1. Memang lain benor ler opah...kalau dulu zaman yang opah cerita tu..kami dengan ayah pun tak berani angkat muka..ayah ada kerusi khas untuk dia duduk...lain orang takut nak duduk kat situ...

    Kalau bab pakaian pun...pakai jer apa yg ayah beli...walaupun dalam hati nak juga berfesyen huhuh..

    Tang berbini lagi satu bila senang tu...no komen ler....cinta itu buta....

    ReplyDelete
  2. Memang betul En Jack, ayah dulu garang2, tapi anak menjadi.....dan yang last comment tu pun betul juga, cinta buta....tapi kalau dah tua elok pakai cermin mata, agar nampak juga walaupun tak clear..........

    ReplyDelete
  3. den xde somie tp gatal nk bersomie..ahaks..

    opah nh kasik den sedey2 jek mlm2 nih..rindu giler kat mak opah..

    mmg sedap roti canai mak opah bt. Tak main ar tibar2 mcm mamak kt kedai tue..pakai talam je utk tarik bagi nipis tepung uli tu..nyam3.. den nyer roti selalu special..roti telur bawang..
    :(

    ReplyDelete
  4. Betul tu akak. Opah pun pernah tarik tepi tepung bagi nipis. Kadangkala tepung tukar warna dari kuning jadi hitam.....tak kisah, janji bila mak opah masak, opah mesti ambil yang opah tolong tarik tadi........

    ReplyDelete
  5. apa nihh.. citer bab makan.. huhu.. kalo somi buat hal.. kita bakor je!! bakor je!! hahaha..

    ReplyDelete
  6. patut ar somie ko gelap..asik rentung jek kena bakor dek ko hahahahaa

    ReplyDelete
  7. jack@ cinta itu buta....

    Ala kassimmmmmm hahahahaaaaa

    ReplyDelete
  8. Lydia: Cite bab makan buat kita jadi kenyang..... tak payah makan betul2.....betul kan. Kalau somi buat hal, jangan bako....nanti tak nampak syurga kat bawah kaki....isy3!!!!!!!

    Nadia: Jangan gelak kat adik ipar....biar gelap asalkan menawan. Orang putih kata, "Black is beautiful"........

    ReplyDelete
  9. black is beautiful? adey..mr blackkkkk...where is mr black..u r so beautiful :P please b my hubby hahahaaaaaa

    ReplyDelete