Saturday, May 7, 2011

Shopping

Hari ni opah pergi shopping barang2 dapur bersama tok wan.  Macam kebiasaan tiap hari Ahad jam 8.30 pagi selepas hantar anak bongsu pergi tiusyen, opah dan tok wan pergi Tesco.  Tok wan seperti amalan biasa akan menuju bahagian bahan basah, beli ikan, udang, daging, ayam dan sayur2an.  Opah pergi bahagian kering, jadi panjanglah kaki opah tengok pelbagai gelagat manusia.

Opah kadang2 hairan kenapa ketika pergi membeli barang2 dapur dan keperluan harian, ada orang yang bawa satu keluarga termasuk datuk dan nenek. Masa bayar, opah tengok tak banyak pun barang yang dibeli.  Ada pula tu yang datang suami isteri, tapi trolley sampai tiga, penuh membumbung.  Ini mungkin orang berniaga restaurant agaknya.......

Tapi yang tambah menarik, bila sampai bab timbang menimbang di bahagian bahagian basah.  Opah tengok rakyat Malaysia dah pandai berbaris.  Tapi pagi ni opah terkejut bila ada seorang bapak ini menyuruh anaknya potong barisan yang panjang.  Ciri cikgu dok ada lagi dalam diri opah, walaupun lama dah tak masuk kelas.

Opah : Adik, nak timbang sayur ke?
Adik :  (angguk)
Opah : Adik kena beratur, tak boleh masuk ke depan saja
Bapa Adik : Dah ada dua barang kat situ, ni nak tambah aje

Opah tengok memang sebelum adik tu masuk, bapa dia letak dua barang.  Bila dia ambil barang yang ketiga, dia terus suruh anak dia hantar barang tu ke hadapan.  Bila bapa budak cakap  begitu, opah tak mahu panjangkan cerita, tapi dari kecil budak tu diajar supaya tak ikut peraturan.  Tak hormati orang tua yang ramai beratur.  Mementingkan diri.  Hilang rasa malu.  Begitu banyak nilai negatif yang diterapkan pada budak kecil tu...................kesian opah dengan budak tu kerana dapat bapak sedemikian.

Orang tua2 ada berkata, "Melentor buluh biarlah daripada rebungnya".  Opah rasa ramai orang sekarang dah tak kenal pokok buluh.  Tak tahu macam mana buluh tumbuh.  Yang tahu hanya makan rebung yang dah dihiris, dimasak cili api dengan perut atau udang.

Kalau kita yang tua menanamkan nilai buruk pada anak2, macam mana kita nak berbangga 10 atau 20 tahun nanti, sekiranya anak kecil hari ini sudah hilang budi pekerti.  Maka sudah tentulah kita tak boleh gunakan lagi kata2 ini, 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

No comments:

Post a Comment