Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

Sudah lama opah tak update blog opah ni.  Entah mengapa, beberapa hari ini opah tak ada mood nak buka blog opah.  Sebenarnya banyak yang nak opah ceritakan.  Tapi biar opah cerita tentang sambutan hari guru pada tahun ini.  Sambutan hari guru peringkat kebangsaan diadakan di Kuching Sarawak.  Alhamdulillah, opah berpeluang bersama warga guru seluruh Malaysia menyambutnya di Kuching.

Malam 15 Mei, Ketua Menteri Sarawak memberi jamuan makan malam yang dinamakan Jamuan Berambih.  Masa mula opah dapat kad jemputan, opah tertanya2 apa makna berambih.  Nak tengok kamus malas.  Usah kata nak cari kamus, nak buka google pun tak daya.  Angin malas mana yang datang menyerang opah, opah pun tak tahu.  Makna "berambih" rupanya makan bersama-sama dalam suasana santai.  Makna tu diterangkan olah Ketua Menteri Sarawak.

Opah dan seorang rakan sejawat perempuan duduk semeja dengan rakan sekerja yang kesemuanya lelaki.  Masa Ketua Menteri tiba bersama isteri, bukan main lagi rakan2 lelaki opah.  Masing2 dok panjangkan leher nak tengok isteri baru Ketua Menteri Sarawak yang baru.  Terbeliak mata masing2 tengok perempuan cantik. Tak cukup tengok, mulut turut memuji.  Opah tumpang senyum tengok perangai rakan2.......

Malam tu kami disajikan dengan persembahan kebudayaan Sarawak.  Sarawak kalau bercakap tentang kebudayaan terutamanya tarian dan nyanyian, memang sukar ditandingi.  Semua tarian dan nyanyian adalah oleh guru2 dan warga sekolah.  Dari persembahan anak murid, guru, Guru Besar, Pengetua, staf sokongan hinggakan ke wakil PIBG.  Opah dok tunggu2 juga kalau2 ada wakil  Kementerian................

Makanan yang disediakan cukup excellent.  Makan secara course dinner.  Mula2 kami diberi makan sotong bersama rumpai laut.  Sedapnya, kalau tak malu opah tambah dua tiga kali..........nasib baik malu.  Course yang kedua, ayam.  Course ketiga makanan laut diikuti course keempat nasi goreng.  Kawan opah yang dari mula dok bersungut kata menu tak mengeyangkan akhirnya tersenyum bila nasi goreng sampai.

Lepas nasi goreng, opah ingat datang manisan pencuci mulut.  Rupanya salah, datang sekor ikan siakap.  Lepas ikan, datang masakan tauhu.  Lepas itu sayur campur, brocoli campur cendawan dan akhir baru desert, pencuci mulut.  Opah cuba semua makanan.  Semua sedap.  Lagu sedap, makanan sedap.   Terima kasih YAB Ketua Menteri.

Sambutan Hari Guru diadakan pada waktu petang 16 Mei di Dewan Borneo Convention.  4,000 guru hadir.  Pelancaran dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.  Meriah sambutannya.  Pandai sungguh orang Sarawak mengendalikan majlis besar sebegini.  Seperti biasa ada dua pengumuman dilakukan oleh Pak Menteri.  Pertama tentang semakan gred jawatan guru dan yang kedua semua Guru Besar DG32 dan Pengetua DG48 akan dinaikkan gred ke DGA34 dan DG52 pada 1.1.2012.

Yang paling tak dapat dilupakan ialah tentan pegawa pengiring opah yang begitu baik melayani opah.  Beliau membawa opah pergi membeili ikan  dan membeli kek lapis.  Semua budi baik kekal dalam lipatan hati opah.  Terima kasih cikgu!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment