Saturday, June 18, 2011

Bila nak cuba buat salah

Lama betul opah tak update blog opah ni.  Sibuk yang tak menentu.  Lagi pun akhir2 ini opah hilang mood nak menulis.  Orang kata, orang tua cepat terasa.  Memang betul.  Lately, opah cepat benar terasa.  Kadang2 kawan bergurau, opah kata betul.  Alhamdulillah cepat sedar.  Kalau tak lama la peram perasaan.

Ini opah nak cerita tentang kisah opah dan tok wan yang nak jalan2 makan angin dua orang.  Anak bongsu opah pergi tiusyen.  Balik lewat sebab lepas tiusyen dia nak pergi rumah kawan.  Anak bongsu minta opah dan tok wan ambil waktu petang.  Apa lagi, lepas breakfast kami pun bergerak ke arah Pulau Pinang.  Sebelum tu opah suruh tok wan pergi ke Tesco sebab opah nak ambil duit.  Maklum la nak berjalan, mesti ada duit takut terjumpa orang berjual barang yang kita teringin, bolehlah beli.  Dah ambil duit, kami pun keluar dari Tesco.  Tok wan nak cepat.  Sanpai kat traffic light, tok wan nak buat U-turn.  Kat traffic light tu terpampang tanda tak boleh buat U-turn.

Tok Wan :  (Perlahankan kereta)
Opah : Nak ikut mana?
Tok Wan : Boleh tak buat U-turn?
Opah : Tengok dulu, takut ada kereta ke, moto ke!
            Ha Cepat!! tak de kereta

Tok wan bukan main terus pusing.  Elok saje pusing, keluar polis trafik kibar bendera merah.  Pucat muka opah dengan tok wan.  Cepat2 tok wan berhentikan kereta.  Ayat pertama yang keluar daripada mulut tok wan ialah "Minta maaf Cikgu".  Tiga kali tok wan minta maaf.  Kesian opah tengok.  Padan muka kami.

Polis minta lesen memandu tok wan dan kad pengenalan.  Tok wan beri sambil minta maaf.  Opah pun tumpang sekaki nak bantu tok wan minta maaf.  Pak polis diam aje dan bergerak ke belakang kereta.  Sebelum tu dia tanya tok wan kerja kat mana.  Tok wan perlahan aje jawab "Penjara"

Dalam hati opah berkata baru kena buku dengan ruas.  Polis tangkap, tok wan jaga.  Tak lama kemudian, pak polis datang ke tingkap kereta dan berikan lesen memandu dan IC.  Opah ingat adalah surat saman.  Tapi pak polis cakap, kali ini saya lepaskan dengan amaran keras.  Kalau saya tangkap lagi, saya tak lepaskan.  Tarik nafas panjang kami.  Lega!!!!!!!!!!!

Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang, tok wan jadi pemandu contoh.  Tertib dan tak laju.  Paling laju, 90 km.  Bawa macam tu barulah kata makan angin.  Tapi masa balik, tok wan dah lupa diri.  Dia bawa balik selaju yang dibenarkan dan yang seronoknya bila opah tertidur, tok wan try melebihi had yang dibenarkan.  Opah berdehem dan perli Minta Maaf Cikgu!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment