Monday, June 20, 2011

Lucu Tapi Sedih...........

Jam dah menunjukkan jam 6.30 petang.  Malas sungguh opah nak balik bekerja ke Putrajaya.  Hari ini opah balik sorang sebab anak keempat opah pergi out station ke Kluang.  Masa keluar dari Kota West, opah ambil jalan belakang, ikut bulatan berhampiran lintasan kereta api.  Sampai di bulatan, opah tengok sekumpulan anak muda, umur lebih kurang 14 ke 16 tahun.  Semua berbasikal ala basikal racing.  Mulanya dia orang berbasikal dalam kumpulan tapi tiba2 seorang hero pecut laju ke hadapan.

Apa lagi aksi pecut sambil mengangkat tayar hadapan sambil bersuara ala red indian diikuti oleh dua lagi rakannya.  Yang kedua turut memecut sambil menjerit minta kawan2 tengok.  Kawan yang ketiga kata ini tak boleh jadi, dia pun nak tunjuk juga kehebatannya.  Sambil menjerit berkata aku pun boleh buat, rakan ketiga mengangkat tayar hadapan.  Mungkin kerana nak tunjuk kehebatan, tayar terlebih angkat.  Maka berlakulah drama yang menyedihkan tetapi melucukan.

Opah tengok rakan ketiga terkial2 mengendalikan basikal.  Basikal yang diangkat tayar hadapan hilang kawalan dan jatuh ke belakang.  Rakan ketiga tertiarap di atas jalan raya.  Nasib baik yang ikut di belakang rakan sendiri, kalau kenderaan bermotor, alamat akan ada ibu, bapa dan ahli keluarga meratapi pemergiannya.

Waktu sudah hampir maghrib, anak2 masih berkeliaran di atas jalan raya.  Sepatutnya mereka ini dah bersedia untuk ke surau atau masjid mengikut bapa tolong membentang sejadah.  Atau pun berada di rumah bersedia untuk menyembah Tuhan. 

Opah pun hairan, apa dah jadi dengan ibu bapa sekarang.  Kenapa terlalu takutkan anak2.  Takut nak tegur atau marah, nanti anak lari dan sebagainya.....Atau ibu bapa sibuk mencari rezki sepanjang masa bagi menyediakan keperluan secukupnya buat anak.  Adakah anak akan berterima kasih dengan pengorbanan ibu dan bapa ini.  Adakah itu caranya anak membalas jasa ibu bapa iaitu dengan menyusahkan hati dan hidup ibu bapa.

Opah masih ingat kata ayah opah apabila mak opah menegur ayah yang kerap marahkan anak2nya dan terlalu ringan merotan kesalahan yang dilakukan.  Kata ayah, biar anak menangis sekarang daripada aku menangis kemudian hari.

Kata2 ayah opah itu, opah sampaikan kepada anak2 apabila opah membetulkan kesilapan mereka.  Walaupun lepas merotan anak2, opah selalu menangis, tetapi opah perlu berkeras.  Janji anak menjadi!!!!!!!

No comments:

Post a Comment