Wednesday, July 6, 2011

Cucu oh cucu....

Hari ini opah nak bercerita tentang cucu2 opah.   Opah ada dua orang cucu.  Seorang berumur 9 bulan dan seorang lagi berumur 4 bulan.  Kedua2 cucu opah ni opah sambut waktu bersalin.  Opah la orang pertama yang basuh najis pertamanya.  Memang kekok kerana dah lama tak punya anak.  Tapi keseronokan dapat cucu, menghilangkan rasa kekok.  Malu anak2 tengok opah kekok nak salin lampin cucu.

Lepas habis pantang, kedua2 anak opah terpaksa bekerja.  Almaklumlah, kalau suami seorang saja bekerja mana cukup nak hidup di bandaraya yang cukup mencabar ni.  Memandangkan opah pun bekerja, kedua2 cucu opah ni dipelihara oleh besan opah.  Bukan main seronaok besan opah bila dapat menjaga cucu.  Besan pertama, cucu kedua dan besan kedua cucu pertama.  Nombor berapa pun cucu itu, sayang sama saja.

Opah tumpang suka tengok besan seronok membela cucu.  Bila dah bela, mulalah liat nak lepaskan bila anak menantu bagi tahu nak bawa anak balik KL.  Opah kesian tengok besan2 opah.  Tapi kalau tak diambil sekarang, bila lagi.  Opah bimbang nanti anak  tak mahu dengar cakap ibu ayah. 

Sekarang opah sedar kenapa kebanyakan datuk tak pernah marah dan pukul cucu.  Bukan dia sayang cucu melebihi anak.  Sebenarnya datuk lebih sayangkan anak.  Sebab sayang, anak selalu ditegur dan dibimbing. Tapi sayang datuk pada cucu lain.  Datuk tak akan pukul cucu.  Opah dan tok wan pun sama dah mula terikut2 tak mahu tengok cucu menangis.  Kalau anak sendiri menangis kuat2 tanpa pasal, dah lama opah cepok.  Pada cucu lain sikit.  Rasa tak berani nak marah kerana cucu itu bukan milik kita tetapi milik ibu bapanya.  Kalau kita marah, nanti apa kata menantu.  Anak mungkin tak kata apa sebab dia dah masak dengan kegarangan ibunya, tapi menantu tak tahu itu.  Menantu mungkin terima pendidikan lemah lembut.

Semalam opah singgah ke rumah besan di Batu Pahat.  Tengok cucu sulung.  Opah ambil cucu daripada dokongan mak toknya.  Budak yang lama tak tengok Opah Perak tak berapa mahu.  Tindakan bayi tak lain tak bukan menangis.  Kelam kabut mak tok ambil.  Opah rasa, kalau mak tok buat do no, mungkin budak tersebut tak kuat sangat tangisnya.  Mungkin................. Opah malas nak berebut, opah bagi saje.  Senang dan habis cerita.

Hari ni opah berada di rumah anak opah di Putrajaya.  Anak menantu opah dah bawa balik anak mereka ke bandar.  Balik kerja opah jumpa dengan cucu kedua.  Opah bersembang dengan menantu.  Suara opah ni guruh pun kalah.  Kalau cakap biasa pun kuat, apa lagi kalau Opah marah.  Kalau ada taik telinga keras, boleh jadi cair.  Cucu opah tengok kat opah.  Alian mana pula ni.  Lepas tu muka dia mula berkerot dan nyanyian merdu pun kedengaran.  Bukan kata nak ambil dukung.  Dengar suara Opah pun dah menangis.

Opah selalu juga dengar dalam bergurau, besan berkata, Opah tak mahu jaga cucu.  Opah malas nak respon sebab cara berfikir Opah agak berlainan.  Kita kena berfikir di luar kotak.  Kadangkala tindakan kita nampak kejam, tetapi impak dan kesan akan diketahui dan dinikmati pada suatu hari nanti. Walaupun Opah sedih cucu takut pada opah, tapi jauh di sudut hati opah, opah rasa gembira kerana apabila ditanya tentang tanggungjawab ibu, anak2 Opah dengan bangga dapat menjawab, "Kami telah menjalankan tanggung jawab mendidik amanah-Mu"

2 comments:

  1. cayalah opah rock..ini unty rock suda tibaaaaaaaaaa :P

    ReplyDelete
  2. tegezut den...xde guruh xde kilat tetiba dgr Fiqah nangeh..hehehe..Opahnya garang sgt..kene prektis lemah lembut sket...:-P

    ReplyDelete