Thursday, July 21, 2011

Rakyat Didahulukan........

Dari tanggal 1 Ogos 2009, opah datang ke Putrajaya.  Opah mengabdi diri menjadi pengikut yang setia.  Membuat tugasan tanpa banyak bicara.  Datang sebelum pukul tujuh dan pulang pada pukul tujuh juga.  Bukan sekadar tugas rasmi, tugas tidak rasmi turut dilakukan.  Menjadi pak pacak, mengurus kenduri hingga kadang terkejar2 untuk menunaikan yang wajib.  Padanya itu tidak bererti, janji semua kerjanya menjadi.

Perangainya tidak ubah seperti orang yang tidak punya budi walaupun katanya ia berilmu tinggi.  Bidang agama jangan hendak diperbuli, kerana serba serbi telah ia selidiki.  Asal keturunan tidak sebarapa tinggi tapi sekarang cuba terbang bersama rajawali.  Berjaja kiri kanan katanya wang dan harta berguni2, walaupun sebenarnya itu jauh daripada realiti. 

Opah tak tahu apa sebenarnya yang dicari.  Mungkin hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.  Hatinya telah menjadi hitam bak punggung kuali yang sentiasa terdedah di api.  Ilmu yang ada tidak pernah digunakan untuk berbakti tetapi lebih kepada kepentingan sendiri.  Tuhan berikan akal fikiran tapi tidak pernah hendak digunai.

Cuba bayangkan seorang yang mengaku dirinya ketua yang serba mengetahui.  Ilmu akhirat dan juga duniawi.  Orang bawahan yang hendak pergi bukan baru sekarang dimaklumi, tapi telah tercatat sejak mulai.  Pada orang pandai berkata, jangan asyik nak keluar sana sini.  Kita ketua mesti lebih  banyak di pejabat melakukan tugas dasari.  Biar orang operasi bergerak, kita jangan sekali.

Tapi ketua pandai berkata2.  Apa orang muda kata, cakap tak serupa bikin.  Orang jangan bergerak tapi aku kebas kiri kanan.  Aku ketua boleh buat apa suka.

Ketua kata kita cari tema kasih sayang untuk semua.  Bernyanyi dan berceramah tentang kasih cinta.  Tapi diri sendiri asyik memarahi tanpa melihat kiri kanan.  Air muka kawan tidak pernah diambil bicara.

Ketika sakit, pada semua dikirm salam, minta ampun dan minta maaf.  Katanya kerana semua ia berada di atas.  Dinaik pangkat walaupun ada yang lebih layak.  Minta dibacakan yasin untuknya minta cepat sembuh.
Tapi bila Tuhan memberi ruang dan peluang untuk terus menyedut udara Allah, sifat lupa diri mula melingkari diri.  Sifat sombong, bongkak dan angkuh mula kembali.  Pada yang pergi tidak diambil peduli.  Orang lain menangguhkan tugas operasi untuk menghormati rakan.  Tapi dia, orang bawahannya sendiri tidak diberi perhati.  Pergi memeriksa sekolah seumpama orang operasi. 

Inikah orang yang sentiasa melaungkan cogan kata Rakyat Didahulukan...... Apa yang keluar daripada mulutnya bukan bermakna itu yang akan dilakukannya.  Orang sebegini begitu besar hipokritnya.............

1 comment:

  1. biasa le motot...org cam gini nak tenaga kita jek.. selagi bley perah2... bila da xberguna..jgn harap le nk pandang kita... kat hotel den berlambak spesis nih..tgu jela bila tenaga den dah abis diperah..mse tu mesti sepak den kuar punya

    ReplyDelete