Wednesday, July 20, 2011

Tahulah Kamu bahawa.............

Belajar itu adalah benar ketika kecil. Bekerja itu adalah benar bila dewasa. Tamat perkhidmatan juga adalah benar bila sampai ketikanya.  Kini, apa yang dikatakan itu adalah benar.  Jam 4.30 petang tadi, bersama rakan-rakan sepejabat diketuai oleh Timbalan Ketua Nazir Operasi Pn. Hjh Esah bt Jantan dan Ketua Sektor Pengurusan serta KPP NKRA dan HEM, opah menamatkan  perkhidmatan sebagai penjawat awam.

Waktu pagi ketika selesai membaca al-Quran, opah dikunjungi sahabat lama yang telah terpisah sejak tahun 1988.  Taukey ini muncul secara tiba2.  Bunyi bising kat luar bilik pejabat, opah diamkan diri tak mahu turut campur.  Rupannya yang bising tu kawan opah datang.  Terkejut dia bila tahu hari ini adalah hari terakhir kat pejabat. Dari jam 8.30 hingga jam 11.45 pagi kami berborak.  Mengimbau semula kenangan lama. zaman muda di universiti.  Jauh berbeza antara opah dan dia.  Kami bertukar kad.  Tercatat nama jawatannya sebagai Busines Director.  Hebat kerjanya, besar incomenya.  Terasa kecil opah bila tengok dia datang pakai driver dengan Mercedes menjalar.

Opah berfikir, alangkah mewahnya hidup mereka yang mencari rezki dengan berniaga.  Opah teranya2 adakah benar mereka mewah? atau Opah pun tak kurang mewahnya.  Bila sampai waktu lunch, ketika kawan2 membawa opah makan di tempat indah di Eustrarian (betul ke ejaan ni, lantaklah kome), opah rasa opah bertuah.  Tugas opah rupanya berjaya mengumpul kawan dan sahabat.  Opah tak rasa rugi opah tidak punya rm yang banyak.

Malam ini, buat pertama kali begitu ramai kawan yang ucap selamat hari lahir.  Tak sangka orang yang membenci opah satu ketika dulu, boleh mengirimkan salam ucap hari lahir.  Terkedu opah.  Betul ke ini?  Opah harapkan hubungan yang dibina itu tidak tinggal di situ sahaja.  Doa opah, kawan2 masih menghubungi opah walaupun opah telah tidak berkhidmat.


Jam 1.27 tengah hari - bersama Datin Khairiah, Wan Badariah, Rj Hamiza dan Shadana - KPP baru



 Jam 1.30 tengah hari - bersama sahabat yang selalu menyokongku.  Opah akan merinduimu...


Jam 4.33 - opah clock out

3 comments:

  1. NAK PENCEN JGK.. HUHU.. BORING LA KEJE.. HAHA

    ReplyDelete
  2. tukar ler..kamu pencen..itu tmpt kasi aku plak :P

    ReplyDelete
  3. wa...siap beramai2x tgk punch kad terakhir tuh..pasni jadik cacing panas r...xleh dok diam2 kat umah...kui3x..:-P

    skrg nih mesti opah tgk pikir2x keje ape nak wat..org dh bese keje mana leh dok dediam...satgi lenguh pinggang la, demam angau la..heheheh

    ReplyDelete