Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri

Opah selalu membayangkan bahawa sekiranya tidak ada kesemua anak2 opah, opah akan bersedih sehingga tak dapat meraikan kejayaan berpuasa bersama rakan2 dan anak2 yang balik.  Rupanya jangkaan opah itu salah.  Opah masih mampu tersenyum,  Mungkin kehadiran cucu  secara tidak langsung dapat menghlilang rasa sedih opah ketiadaan dua anak, anak sulung dan anak kedua.  Kalau tidak, kedua2 anak ini akan mengawal dapur.  Opah dapat berehat penuh.  Kali ni, anak ketiga dan keempat yang control dapur wpun tidak sepenuhnya kerana anak ketiga opah sibuk dengan anaknya yang kurang sihat, manakala anak keempat opah dalam proses belajar di dapur.

Opah nampak kedewasaan anak2 keempat dan bongsu apabila terdesak.  Sudah boleh diharap wpun perlu dibimbing.  Kebiasaannya ibu bapa tak sedar bahawa anak2 sudah dwasa.

No comments:

Post a Comment