Monday, August 22, 2011

Alahai Kucing Anak Bongsuku Booooo

Opah bukan tak suka kucing, tapi opah tak tahan bau taik kucing.  Itu masalah terbesar yang opah hadapi.  Dari masa opah kecil lagi, opah begitu fobia dengan segala macam taik walaupun hanya taik ayam atau taik buruk.  Waima taik cicak sekali pun.  Jadi kalau nak bela kucing, hanya boleh seekor kucing sahaja.

Nak dijadikan kisah, kucing anak bongsu opah hilang tak balik2.  Puas anak opah cari keliling taman, puas panggil, puas tunggu, tapi kucing kesayangannya tak balik2 juga.  Opah dan tok wan pun tumpang cari.  Hairan bin ajaib bin ganjil opah dan tok wan fikirkan kerana kucing anak opah ni jarang keluar jauh apatah lagi nak cross sempadan atau rel kereta api.  Lama juga  anak opah tak ada kucing.  Bila balik sekolah, dia mulalah bercerita tentang kucing kawan2 dia.

Opah faham benar maksud anak bongsu opah tu.  Nak minta bela kucing takut, jadi mulalah bercerita tentang kehebatan kucing kawan2 dia.  Jadi opah dan tok wan pun bermuafakat untuk mencari anak kucing untuk anak bongsu opah.

Lima bulan yang lalu, seperti biasa setiap minggu opah dan tok wan pergi shopping keperluan dapur.   Balik kami singgah makan roti di gerai berhampiran rumah.  Di gerai tu banyak kucing.  Dalam banyak2 tu ada seekor kucing yang datang ke kereta opah, opah buka pintu dan kucing tu terus naik.  Manja bukan main.  Opah tanya tok wan, nak ambil atau tidak kucing tersebut.  Tok wan bagi green light.

Dah lima bulan kami bela kucing tersebut.  alhamdullillah, tikus ia tangkap, cicak jangan kira malah burung yang singgah pun jadi makanan kucing yang namakan Boo, daripada perkataan kucing buangan.  La ni dah besar dara kucing tu, mula menggatal.  Takut opah. Nanti dapat cucu miow2.  Lima hari sudah, opah dan anak bongsu opah bawa Boo pergi operation bagi mandul.  La ni Boo dalam sangkar berehat....

Jadi opah pesan kalau nak pelihara kucing atau pet yang lain, kenalah berusaha memastikan ia tidak merebak dan akhirnya bila dah banyak anak dibuang semula,


No comments:

Post a Comment