Tuesday, August 23, 2011

Booo Lagi

Semalam opah bercerita tentang kucing anak bongsu opah bernama Boo.  Hari ni opah nak sambung Siri 2 cerita Boo.  Boo yang dah jadi anak dara dah pandai cari boyfriend.  Mula2 boyfriend datang rumah, dok lawan menyanyi duet.  Dua hari deme dok berkenalanan di bawah pokok rambutan rumah opah.  Cop2 hari ketiga, kucing Boo berjalan tak balik rumah sehari.  Puas opah, tok wan dan anak bongsu cari, tak jumpa.  Hari kedua baru Boo balik, dihantar oleh boyfriendnya.  Rupanya Boo pergi rumah boyfriend dia.  Sampai rumah lapar, maklumlah tak makan sehari.  Boo tak pandai makan nasi sebab opah hanya bagi makan friskies sahaja.,

Sehari Boo duduk kat rumah.  Boyfriend tunggu kat luar.  Hari berikutnya, lagi sekali Boo hilang.  Kali ni dua hari Boo tak balik rumah.  Air mata anak opah sentiasa mengalir masa balik dari sekolah.  Cari Boo tak jumpa.  Opah bagi tahu anak opah, lepas raya, kita cari anak kucing lain.  Baru dia happy.  Hari ketiga selepas balik terawih, opah buka pintu dapur nak tengok kalau2 ada kain di ampaian yang tak berangkat.  Tup2 nampak boyfriend Boo.  Opah beritahu tok wan dan anak opah.  Tok wan cepat2 buka pintu depan dan panggil Boo tapi  Boo tak masuk pun.

Masa asyik tonton tv, kami terdengar bunyi kucing, perlahan aje.  Anak opah buka pintu belakang dan panggil nama Boo, tapi  Boo  tak menjelma.  Dah hampir pukul 12 mlm, opah pergi ke pintu depan dan mengintai daripada grill pintu, sambil panggil Boo.  Dua kali panggil, Boo meluru masuk rumah.  Complete dengan manja dan terus menuju tempat makanan.  Opah pun beri freskies.  Kesian opah  tengok Boo makan dengan gelojoh......

Opah dengan tok wan fikir kalau dibiarkan, dah tentu dalam masa sebulan lagi, opah akan terima cucu banyak.  Boo mesti dimandulkan.  Boo dibedah pada jam 3.30 ptg Kha6.10 petang   kami bawa Boo balik.  Masa ambil Boo, kesian opah tengok Boo yang masih lagi tak sedar daripada biusnya.  Lidahnya terjelir keluar sedikit.  Mata pejam dan bahagian perutnya licin dicukur bulu dan nampak bahagian yang dibedah, merah....

Malam tu semalaman Boo tidur dan waktu kami bersahur, Boo sedar dan nak makan.  Kami bagi makan dah letak semula dalam sangkar.  Dr Ong pesan, Boo jangan diberi bergerak banyak sekurang2 selama 10 hari.  Hari ni dah 6 hari Boo dibedah, dan selama 6 hari Opah jadi orang gaji Boo.  Beri makan, beri ubat, beri minum dan yang paling tak best sekali cuci taik Boo dalam tandas.  Nasib baik berak dalam tandas, kalau dalam sangkar lagi tersiksa Opah.

Sepanjang Opah jaga Boo, tak ada masalah.  Nak makan Boo bunyi, nak minum Boo bunyi, nak kencing, dia bunyi dan nak berak pun Boo bunyi.  Hari pertama lemah, hari kedua dah aktif.  Hari ni hari keenam, dah mula tunjuk belang nak tangkap cicak dan kejar lipas.  Melihat Boo yang cepat sembuh opah mengucap syukur pada Allah.  Boyfriend Boo masih datang sekali sekala, tapi kini Opah tak bimbang lagi........


2 comments:

  1. ha3...mak xsenunuh ar.. cian bf die hahahaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Mak bagus apa buat perancangan keluarga. Bf dia tak ada pendapatan tetap.....

    ReplyDelete