Wednesday, August 17, 2011

Memperkasa Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris

Bahasa Menunjukkan Bangsa, Budi Bahasa Budaya Kita, Bahasa Jiwa Bangsa dan pelbagai lagi cogan kata.  Semua tentang bahasa.  Malaysia ni negara majmuk. jadi ada pelbagai bahasa yang digunakan.  Itu belum lagi termasuk dialek.  Opah sahaja terpaksa menggunakan dua dialek, maklumkan tok wan orang Kedah dan opah orang Perak.  Kadang2 Opah tak faham apa yang tok wan cakap, tapi angguk tetap angguk tanda dengar.

Pada zaman Opah sekolah dulu, kami guna dua bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah.  Kalau  nak bahasa Inggeris, masuk sekolah orang putih.  Kalau tak pergi sekolah kebangsaan.  Yang masuk sekolah orang putih bukan semuanya ada orang kerja gomen, ramai juga yang dari kampung.  Mak opah tak pandai pun cakap orang putih.  Kawan2 kat kampung lagi le tak pandai cakap orang putih.  Jadi cakap dengan deme kenalah guna bahasa Melayu.  Tapi kenapa kami yang belajar kat sekolah orang putih ke atau sekolah kebangsaan boleh cakap orang putih?

9 tahun dulu diperkenalkan PPSMI.  Ajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.  Guru diberi latihan berbahasa Inggeris.  Tak cukup lagi, diberi insentif.  Tiap2 bulan guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat wang insentif bagi mengajar semua mata pelajaran ini dalam BI.  Tapi hairannya program ni dah jadi sejarah.  Kohort 1 PPSMI sekarang dah berada di Tingkatan 3 dah jadi carca murba.  BI tak pandai BM pun entah apa2.

Masa PPSMI Kementerian Pelajaran Malaysia, bawa masuk pakar bahasa Inggeris  luar negara untuk jadi penasihat.  Gaji riban2.  Tapi impak kosong.  La ni KPM buat cerita baru lagi.  Nak bawa masuk lagi guru bahasa Inggeris untuk bantu memperkukuh BI.  Opah rasa sampai tsunami datang pun kita tak akan berjaya. Kenapa le kita nak membuang duit masa gawat ni.  Dah tak boleh berfikir dah ke budak2 KPM ni.  Menteri kalau diberi nasihat salah, salah le tindakannya.  Opah rasa elok kita tengok Sejarah.  Betul kata Tun Mahathir, kita perlu belajar daripada sejarah.

Dulu zaman Opah untuk dapat certificate, mesti lulus bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Jadi suka tak suka kami kena cakap orang putih.  Opah selalu cakap orang putih dengan mak opah.  Bila opah cakap, mak opah senyum aje.  Bila opah tanya mak understand tak, mak opah cakap understand.  Betul ke?  Opah tahu mak opah tak faham, tapi dia kata faham aje.  Kalau mak opah tak respon, tentu sampai sekarang opah tak boleh cakap orang putih.

Jadi Pak Menteri dengan suku sakat kat Putrajaya tu, cubalah fikirkan cara termurah untuk membolehkan murid2 menguasai bahasa Inggeris.  Jangan le dok panggil orang putih dari Amerika tu.  Dah lagi deme pun dok guna dialek juga.  Nanti bukannya lagi faham, makin tak faham deme.

2 comments:

  1. hello my dearest opah.hawaw u??..ahaks..okey tak den spekang Bi he3

    ReplyDelete
  2. OK le tu sampai hawuw u. Jgan roger jadi rogol sudah lah. He3

    ReplyDelete