Thursday, September 15, 2011

Ade2 Aje

Hari ini seperti hari2 lain, Opah dan Tok Wan pergi ke tapak rumah yang baru Opah beli.  Bukan apa, cuma tebas sana tebas sini tanah yang sekangkang kera ni.  Sambil menebas, Opah dan Tok Wan berbincang tentang rumah yang akan dibina.  Masing2 punya macam2 cadangan.  Opah cadang rumah nak buat L shape; Tok Wan pula cadang master bedroom mesti di bahagian matahari naik supaya petang bilik tu sejuk.  Opah cadang nak buat dinding kayu kat master bedroom, Tok Wan cadang nak buat akurium ikan kat ruang tamu.  Opah tanya Tok Wan banyak ke duit nak buat macam2.  Tok Wan kata2 bukan kena bayar pun pasang angan2.  Yang ini Opah setuju 100%.  Mari kita pasang angan2 Mat Jenin.

Masyarakat kat kampung ni peramah orangnya.  Nampak Tok Wan dan Opah berihat daripada menebas, dia orang pun datang nak bersembang.  Macam2 cadangan dia orang beri.  Ada yang suruh Opah pelihara itik bila duduk di sini.  Ada pula yang beri cadangan tak payah buat pagar.  Ada pula yang cadangkan tak payah cari batu sempadan yang hilang, sukat saje pakai tali rafia.  Ada pula yang cadang tak perlu tambak tanah bila nak buat rumah sbb kawasan ini tak pernah banjir.  Ada pula yang cadang buat rumah dengan kos sebegini sebegitu.

Bila Opah dengar cadangan bakal jiran Opah, Opah dan Tok Wan senyum aje.  Yang kata jangan buat pagar, sebab dia orang bimbang bila ada pagar dia orang terpaksa jalan jauh untuk keluar ke jalan kerana  tanah Opah dah bertahun digunakan sebagai short cut ke jalan utama.  Yang suruh pelihara itik sebab dia pelihara kambing wpun dia tahu kawasan perumahan tak boleh pelihara ternakan.  Semua yang memberi nasihat bernas ada udang di sebalik batu.....masing2 nak jaga kepentingan diri.

Terkejut Opah dengan perkembangan masyarakat kampung hari ini.  Sepanjang 35 tahun hidup di bandar sama ada di Semenanjung atau di Malaysia Timur, Opah ketemu manusia yang hidup dalam kepura2an.  Rupa2nya kepura2an itu telah menjalar ke kampung............

1 comment: