Wednesday, September 28, 2011

Alahai Susahnya Nak Buat Rumah......

Hari ni opah nak cite tentang nak bina rumah baru.  Kalau hari2 yang lepas, opah bercite tentang menebas tanah, menebang pokok pisang dan bakal jiran2 baru Opah.  Apa yang Opah dan Tok Wan hadapi sepanjang nak bersihkan  tanah tu, bila balik rumah kami jadikan joke hari ini...

Dah bersihkan tanah, sampai part nak ratakan tanah.  Macam2 suggestion Opah dan Tok Wan dapat daripada pelbagai pakar tak bertauliah.  A kata macam ni, B kata begitu, C kata ambil yang ini, D kata macam tu mahal, E kata pakai pakej semua dari A - Z, F kata jangan sebab yang pakai pakej pun dia guna sub juga akhirnya.  Balik rumah masa kat atas katil, Opah dengan Tok Wan discuss, malah dalam bilik meeting pula.  Mula suara perlahan, lama2 jadi kuat sebab mempertahankan idea.  Last2 senyap, sebab discuss dah tukar jadi WAR....baik Tidur!!!!!!!!!!

Hari Khamis minggu lepas genap sebulan Opah call bahagian Ukur Tanah minta dia orang datang semula untuk cari batu sempadan yang dah tertimbus.  Opah call dari bulan Puasa, masuk raya ulang lagi, dah nak habis raya pada hari Khamis tu call, jawapannya Bos tak ada.  Opah pun hairan bin ajaib bin musykil bin menyampah.  Kalau pun cuti raya, tak kanlah sampai sebulan.  Ni raya apa??????? Mesti raya 1Malaysia, Aidilfitri, Aidiladha, Chinese New Year, Vesak, Thaipusm, Deepavali,Christmas dan raya2 yang lain termasuk Hatu Raya......

Last2 Opah dan Tok Wan buat decision panggil private surveyor untuk ukur.  Hari Isnin dua hari yang lepas, siap dia orang buat.  Terpacak lima tanda sempadan, siap dicat warna merah.  Terbang RM300.00 untuk tanah yang cuma sekangkang kera.  Hari Selasa, surveyor kerajaan call, bagi tau nak datang ukur.  Sikit punya bengang Opah.  Kalau ikutkan hati tentu berguni2 Opah maki...tapi yang peliknya dia orang nak pi juga tengok tanah Opah tu.....Malas Opah nak layan.  Lu nak pergi, lu carilah sendiri.....apa maknanya tu????????

Hari ni Opah dan Tok Wan dapat quotation rumah daripada kontraktor Wong.  Terkedu Opah dengor price rumah tak termasuk pagar....RM314k.  Baru ni Opah pergi rumah besan kat Tapah, neighbour dia buat rumah dua tingkat lagi, masih dalam construction, baru RM180k.  Rumah Opah bukannya 2 tingkat - rumah setingkat aje melata kat bumi.

Opah :  Ni tak boleh jadi bang.  Habis duit kite.  Jom cari contractor lain.

Tok Wan :  Mana nak cari? ( stail tok wan yang malas nak fikir)

Opah : Tanyalah kawan2 atau esok kita round Tepen tengok papan iklan kedai.  Tepen bukannya beso pun...

Tok Wan :  Tu la.  Sebab tu orang tak nak buat rumah. Susah.   Beli perumahan lagi senang.  Beli kat Tycoon Villa ke?? ( langkah pertama untuk mulakan peperangan.  Cari salah orang lain)

Opah :  Dulu abang juga kata nak duduk kawasan Melayu.  Kalau beli perumahan, buat ape jual rumah ni!!!!!!!  Dari rumah besar pergi ke rumah kecik.....Kalau bankrap tak pe la.......

Dalam dok berbincang tu, teringat Opah kawan sekelas Opah yang kerja di Majlis Perbandaran Tepen bahagian pembangunan.  Jam 7.45 mlm, laju kami laki bini pergi rumah dia.  Mak oi bila kawan Opah buka mulut tanya tentang plan rumah, RC, foundation, tambah tanah, lantai, bla333!!! terus Opah dan Tok Wan surrender.  Mak oi...teruknya.......mati Opah.  Ni kalau pergi IJN, sah presure naik.

Last2 Opah dengan Tok Wan lantik kawan dan suaminya jadi advisor.  Harap2 dia tak minta 20% sudahlah...Ingatlah kalau nak buat sesuatu tu.....wahai anak2 ku, study first.  Kalau tak makan cekak, lari...

No comments:

Post a Comment