Monday, September 19, 2011

Hai Daun Palas Mana Kau Pergi......

Pagi2 lagi selepas hantar anak bongsu ke sekolah, Opah dan Tok Wan singgah pasar.  Hajat hati nak cari daun palas, santan dan kerisik untuk buat ketupat dan rendang.  Walaupun raya telah lama berlalu, tapi anak Opah masih ada yang belum makan rendang hitam masakan Opah dan ketupat palas masakan Tok Wan.  Bila dengar aje Opah nak pergi KL, bukan main banyak pesanan nenek kebayan.

Yang sulung pesan charger laptop dan baju seksi yang tertinggal ketika pulang berhari raya kat Taiping.  Yang nombor dua asyik menyanyi lagu masakan daging hitam dan ketupat kacang dan yang nombor tiga asyik dok teringat kuih seri muka atau orang Kedah kata kuih serikaya.  Apa namapun tak kisah, janji kuih bawah pulut atas atau kepala tepung gandum.  Kalau tengok kan cara teringin nak makan, macam anak2 Opah yang dah kahwin mengandung lagi.

Ni Opah nak bagi tahu kat anak2 Opah kat KL.  Esok siap jangan makan banyak.  Opah bawa masakan daging hitam kegemaran semua, ketupak kacang kegemaran semua dan  cheese cake kesukaan budak2 muda.  Kalau ada road block esok, tentu pak polisi terkejut kerana dalam kereta Opah nanti banyak makanan.  Untuk anak2 Opah, ni dah datang makanan dari kampung.   Tak makan jaga........!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. ihik3....opah y patut jaga2... sekali kami hadap jek da xcukup :P

    ReplyDelete