Wednesday, September 14, 2011

Reserve Jalan

Sekarang kalau kita dengar ucapan Pak Menteri, wakil  rakyat atau ketua2 jabatan, semua akan mulakan ucapan dengan salam 1Malaysia.  Sibuk benar dengan 1 Malaysia.  Betul ke ada semangat 1 Malaysia atau kita masih lagi mengamalkan semangat " Me first, me first.  Opah dah lama mengamalkan kehidupan 1Malaysia.  Duduk dalam kelompok Melayu, Cina, India dan lain2 bangsa  Rumah jiran Cina masuk pencuri, tok wan tumpang baling parang pada pencuri.  Esoknya rumah opah pula dimasuki pencuri, tak mari pun jiran 1 Malaysia tolong.  Keluar ambil kereta masuk garaj masing2 adalah.  Tiada siapa pun yang datang jengok kecuali pak polisi.

Tinggal di kawasan elit, bercakap dengan jiran sebelah rumah pun guna telefon.  Jarang nak nampak muka sebab  tembok rumah lebih tinggi daripada pokok kelapa pandan.  Jadi opah dengan tok wan bercadang nak tinggal di kawasan Malaysia saje.  Opah dan tok wan jalan2 cari tanah keliling Taiping.    Cari kawasan yang hampir dengan masjid atau surau.  Bila dengar ada orang nak jual tanah, opah dengan tok wan sure pergi tengok.  Dalam dok cari tu, jumpalah opah satu lot tanah di kawasan  tanah rezab Melayu.  Lot rumah dekat dengan masjid, dekat dengan kedai dan dekat dengan rakan seMalaysia.

Opah dan tok wan setuju nak beli.  Jumpa tuan tanah kedawung dan discuss harga.  Tok wan kata ok jadi opah cepat2 bagi deposti tanda jadi.  Seminggu kemudian, opah, tok wan dan anak no 4 yang kebetulan balik bercuti pergi nak tengok tanah.  Opah bawa sekali cucu kakak opah yang boleh buat plan rumah.  Anak buah  sibuk ambil gambar.  Opah dan tok wan bersembang dengan bakal jiran yang tinggal di lot 2 dan jiran seberang lorong.  Opah dan tok wan cerita lot tu opah dah beli dan nak buat rumah.  Opah bagi tahu sebab atas lot tanah yang opah beli tu penuh dengan pokok pisang dan pokok kantan dan opah tanya siapa yang  tanam.

Opah dan tok wan minta izin nak tebang pokok pisang dan pokok kantan.  Kalau ikut undang2 tak perlu bagi  tahu, tapi mengenangkan satu kaum, opah dan tok wan fikir eloklah minta izin.  Bakal kiran seberang lorong bagi tahu yang pokok pisang dan pokok kantan tu dia orang punya.  Dia orang tanam atas reserve jalan.  Betul le tanam atas reserve jalan, tapi reserve jalan tu depan lot tanah opah.  Tanah yang dibeli tu cuma sekangkang kera.  Kiri kanan tanah orang.  Tak kan opah nak bawa lori masuk ikut tanah orang atau atas bumbung orang.  Mentang2 reserve jalan, ikut sukalah nak tanam pokok apa pun.  Kot ye pun nak berkebun, tanam aje le kat reserve jalan depan rumah sendiri, tak perlulah lompat jalan tanam pokok depan pagar rumah orang.

Belum tegak rumah dah jumpa jiran sewel macam tu......Apa nak jadi masyarakat kita hari ini yang dah hilang malu dan hanya mementingkan diri sendiri.....

1 comment: