Sunday, September 18, 2011

Tebang Buat Apa!!!!!!!!!!!!

Marah betul Opah dengan perangai jiran seberang jalan.  Tanam macam2 pokok di depan tapak rumah baru Opah.  Opah dan Tok Wan cuba bersabar.  Malas nak layan orang yang tinggi sangat ilmunya ini.  Asyik benar dia memberitahu pokok2 yang dia tanam tu atas reserve jalan raya.  Persoalannya, tanah tu depan rumah Opah. Tak kan rumah yang Opah bina atas duit titik peluh bertahun ni nak dilindungi oleh pokok pisang,  Isy3!!!!!

Hari ni Tok Wan ambil keputusan nak tebang pokok pisang dan kantan yang banyak ditanam di depan rumah Opah.   Opah tengok Tok Wan beriya2 menebang pokok pisang.  Baru dua tiga pokok tumbang, Opah nampak mem di seberang jalan berjalan pantas bersama rakan dia ke arah Tok Wan.  Opah nampak Tok Wan tunjuk arah kanan dan arah dalam tanah Opah.  Tak lama kemudian Tok Wan sambung menebang pokok pisang......muka mencuka!!!!!!!!!!

Dah clear 20 kaki, Tok Wan datang nak minum.  Opah tanya Tok Wan;

Opah :  Hai laju nampak mem tu pi kat abang?
Tok Wan :  aa...nak ambil bunga kantan
Opah :  Ambik tak???
Tok Wan :  Tak....mai tanya aje!
Opah : Tanya apa?  Lama sembang..
Tok Wan : Tanya, tembang buat apa?
Opah :  Abang kata apa?
Tok Wan :  Abang kat nak buat pintu masuk ke tanah kita.  Dua pintu.  Satu kat tempat abang tebas tadi, satu lagi kat corner tu.......
Tok Wan : Kurang ajaq betul pempuan tu.  Rumah dia kat seberang jalan sana.  Yang dok tanam depan tanah orang tu buat apa???????  Betul le reserve jalan, tapi cuba tengok semua taman, mana ada orang tanam  pokok depan rumah orang seberang jalan.  Gila apa????????
Opah :  Sabo bang.  Orang tu baru nak belajo duduk taman.  Dia ingat tanah kosong ni tak ada owner.

Tu la kalau nak bertani pun, tengok2 lah sama.  Jangan kerana nak bercucuk tanam sampai lindung rumah orang lain,

1 comment:

  1. kalau akk..akk korek pokok pisang tu...tanam jek atas reserve jln dpn umah die...ek ek lohhhhh... esk lusa die tebang...abah lari r tanya.......

    Tebang buat apa????

    Muahahaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete