Thursday, October 6, 2011

Akhirnya Mission Accomplised (betul ke ejaan ni!!!!!!!!!)

Pak Menteri Pelajaran kata Perkasakan Bahasa Malaysia dan Perkukuh Bahasa Inggeris.  Tu la sebab Opah guna BI untuk tajuk hari ni.  Macam cerita Mission Impossible yang Opah suka tonton masa Opah kecik2 dulu.

Hampir sebulan Opah dan Tok Wan cari rumah sewa dan setiap petang kami balik hampa.  Hari ni seperti hari2 lain, lepas breakfast, Opah dan Tok Wan cari rumah sewa.  Kali ni kami pergi area berhampiran rumah abang Opah.  Pusing merata, bukan rumah sewa yang dapat tapi asyik tengok rumah2 baru yang cantik2 designnya.  Yang seronoknya, Tok Wan akan cakap ambik gambaq2!!!!

Last2 Opah dan Tok Wan singgah rumah abang Opah.  Sembang punya sembang, abang Opah bagi tahu ada sebuah rumah teres 2 tingkat For Sale 2 blok di hadapan rumah abang Opah.  Opah terus minta izin nak balik takut lambat orang lain kebas.  Sampai Opah ambil no phone owner dan call.

Opah :  Hello Mr. Vincent.  Saya tengok ini rumah di Taman Ria ada tulis SALE
Mr Vincent : Betul. Itu saya punya rumah.  Mau jual.  RM280k.  Mau beli boleh bincang
Opah:  Saya mau tanya Mr. Vincent mau sewa ke??
Mr. Vincent:  Sewa tak mau.  Lu mau cari rumah sewa ka?  Berapa bilik. Saya punya kawan ada rumah .  Sewa RM600.  Kalau suka lu call saya.
(Opah rasa kagum dengan masyarakat Malaysia. Bila ada orang susah, mudah memberi pertolongan walaupun lain bangsa....)

Masa nak balik Opah nampak taman yang baru siap.  Opah dengan Tok Wan pergi ke taman tu.  Kalau2 ada orang kaya yang beli rumah untuk disewa.  Nampak rumah kosong, Tok Wan akan berhenti tanya kiranya rumah kosong tu hendak disewa.  Alhamdulillah, kali akhir Tok Wan tanya, suri rumah yang ditanya beritahu rumah berhampiran rumahnya hendak disewa.  Tuan rumah ni tulis Cina, mana boleh kami baca.  Nasib baik tanya orang.

Opah call owner dan dia terus datang.  Tengok rumah - rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur dan 3 bilik air.  Cukup besar.  Opah bincang sewa. Dulu dia sewa RM450 pada orang Melayu.  Opah bergurau aje minta kurang.  Terkejut Opah , bila owner cakap RM400 boleh le.  Dua bulan deposit dan sewa satu bulan in advance.  Terus Opah setuju.....Memang ganjil, mana ada orang turunkan sewa rumah, naik adalah!!!!!!!!!

Siapa kata harga barang tak  turun.  Orang selalu kata yang turun hanya HUJAN.....Hari ni Allah dah tunjukkan. Ini namanya Rezki.........Allah hu akbar!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment