Friday, October 14, 2011

Alamak!!! Kerasnya ketam......

Semalam selepas hantar Ucu ke sekolah, Opah dengan Tok Wan terus pergi Tesco, cari keperluan dapur.  Opah dengan Tok Wan suka berbelanja di Tesco kerana mudah 9- semuanya ada.  Tok Wan seperti biasa akan pergi bahagian ikan, daging dan sayuran.  Opah pula akan beli barang2 kering.  Biasanya kami bertemu di bahagian buah2an.  Opah beli limau madu dan Tok Wan dah pasti pisang rastali.

Masa nak bayar, Opah tengok Tok Wan beli ketam - kegemaran Opah. Masa muda2 dulu, kalau Opah merajuk, Tok Wan akan beli ketam dan masak lemak serai.  Sedap masakan Tok Wan.  Tapi semalam Tok Wan tak masak sebab kebetulan di rumah Opah sekarang ada kak Opah datang.  Tok Wan tak mahu kak Opah tengok dia memasak.  Jaga standard maaaa.......

Opah masak lemak cili padi. Tengah hari makan.  Tak habis sambung makan malam.  Tengah sedap gigit kaki ketam, Opah dengar bunyi "tap" kuat.  Opah luahkan makanan dalam mulut.  Mak ooi!!!!!!!!!! gigi Opah patah.  Padan muka.  Baru minggu lepas Opah simen gigi yang patah tu...........

Bila dah tak ada gigi sebatang, ramai pula yang datang rumah.  Aim pagi2 nak pergi klinik.  Belum habis sarapan, Haji Jamil dan Hajah Leha datang nak pinjam tepak sirih dan bekas hantaran.  Elok dia orang balik, datang pula anak buah nak bersembang.  Hari Jumaat dia orang tak berniaga.  Balik jam 11.30 pg, jam 12 Tok Wan tak mau bergerak keluar sebab get ready nak pergi Jumaat.  Tok Wan nak pergi Jumaat macam nak pergi bernikah, baju Melayu berseterika kemas.  Last2 jam 4 ptg baru pergi dan giliran masuk jumpa doktor jam 5.30 ptg.  Sampai rumah jam 6.30 ptg.  Elok buka tudung nak sembahyang Asar, kawan lama dari Batu Pahat telefon on the way nak datang rumah.

Buat pertama kali, Opah berbual tanpa banyak senyum.................

No comments:

Post a Comment