Monday, October 24, 2011

Bicara Hati....

Dalam tubuh yang besar ini ada segumpal hati.  Hati ini kecil cuma.  Dibelai dan dijaga agar terus subur.  Agar terus bercahaya.  Agar terus menyumbang.  Agar terus ria.  Agar terus dan terus dan terus........

Tapi mengapa hati yang segumpal ini selalu diusik, selalu dipermain, selalu didera, selalu dibiar lara, selalu, selalu dan terus selalu...........

Orang terus menyatakan kesian pada yang pendiam, pada yang kurang bercakap, tak banyak berkata2, pada yang kerap tersenyum, pasif dan pada  lahiriahnya baik.  Pada yang aktif, yang sentiasa memberi pendapat, yang sentiasa bercakap, yang laju geraknya, yang kuat suaranya, yang boleh disuruh arah, tak pernah terdengar orang  berkata KESIAN!!!!!!!!!!!!!!

Masyarakat hanya melihat pada penderaan fizikal.  Anak didera, cucu didera, amah didera, pekerja didera, suami didera, isteri didera, datuk didera, nenek didera.................semua lapisan masyarakat.  Tapi pernahkah masyarakat merenung pada penderaan emosi, penderaan perasaan?.  Pernahkah sang suami terfikir tentang penderaan emosi yang dilakukan terhadap  isteri.  Dan berapa lama isteri sanggup dan rela menerima penderaan ini...............

Kadangkala Opah hairan kenapa lelaki mencari isteri bekerja.  Apa matlamatnya????  Isteri kerja banyak kekurangannya.  Kalau dah kerja mana mampu urus segala seorangan.  Kalau isteri berjawatan tinggi, lagi tersiksa jiwanya, di pejabat banyak berfikir, banyak responsibilities, sampai rumah dah tunggu raja untuk menindan emosi isteri...............................

Kenapa sang suami tidak pernah terfikir untuk mengikut sunnah Rasul ketika melayan isterinya Khadijah yang jauh lebih kaya, Aisyah, yang jauh lebih muda........Tidak hairanlah kita kenapa data percaraian kian meningkat tiap hari..............Di mana silapnya KITA?????????????

2 comments:

  1. den ari2 pn jd pendengar setia keluhan isteri2 di tempat keje...alamak xkawen le aku kalau dilayan cerita korang y da kawen..uhuk2

    ReplyDelete
  2. hmm kena siapkan diri untuk jadi suami mithali ni..thanks Opah kerana meluahkan,at least terfikir juga dalam hati ni.

    ReplyDelete