Saturday, October 1, 2011

Bila Tok Wan Marah...........

Hari ni jadual harian Opah ketat sekali.  Malahkan waktu bekerja dulu.  Pagi jam 8 pergi tapak rumah utk tengok orang tambak tanah merah, jam 10 jumpa pelukis pelan, jam 11 pagi jumpa pegawai bandaran, 12 tengah hari balik ke tapak rumah, 2 petang pergi kenduri kahwin anak Ustaz Rahim, rakan sekerja dulu dan jam 5 petang jumpa kontraktor binaan di Kuala Kangsar.

Itu perancangan.  Real day, tonggang langgang Opah dan Tok Wan.  Anak ke-4 balik pun tak sempat nak sembang panjang apatah lagi nak masak tengah hari.   Ampun!!!!!!!!

Nak jadikan cerita, hari ni la juga ada orang kenduri kahwin di kg baru yang akan Opah bina rumah.  Lori tanah yang lalu kat depan rumah orang kenduri kali pertama 5 lori lepas, kali kedua 5 lori lepas, kali ketiga 5 lori kena tahan.  Hari masih lagi pagi baru jam 10.  Tak cukup tu, datang panglima bagi tahu suruh driver lori jangan bawa laju.  Tak sempat nak bagi tahu dah kena tahan.  Rupa2nya yang kenduri tu orang Pakida..... Sarjan!!!!!!!! tiga calit.

Yang seronoknya semua asyik bagi tahu Opah dan Tok Wan yang kenduri tu Pakida.  So what????? Tok Wan pun dah bagi tahu taukey lori, hari ini ambil 15 lori sahaja sebab ada kenduri.  Tak cogak .  awal2.  Bila ramai sebut Pakida2, Tok Wan pun mula naik angin.  Hebat sangat ke depa tu.  Pakida bukan utk tunjuk hero.  Salah tu!!!!!!!

Masa nak balik, Opah tengok Tok Wan asyik mengeledah kereta.  Cari sesuatu.....

Opah :  Cari apa bang?

Tok Wan :  Sticker

Opah : Sticker apa?

Tok Wan : Sticker dua.  Abang letak kat sini (tona sudah tinggi.  Tangan mengagau nak buka dashboard)

Opah :  Semua sticker ada kat cermin ni.  Tak nampak pun sticker lain.

Tok Wan :  Tu la Yang tak tahu.  Sticker Pakida la. Abang ni pangkat Abang Long ( ha!!!!!!!!! terkejut beruk Opah. Nasib baik tak ayahanda!!!!!!!!)

Ni baru betul, Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya...........

3 comments:

  1. hahahaaa...padan muke...den kak long merangkap mak long :P

    ReplyDelete
  2. Nadia : Senyap2 buat perangai
    Jack : Entahlah, Opah pun tak tahu. Yang penting, di rumah mesti lemah lembut dan romantik.

    ReplyDelete