Saturday, October 15, 2011

Jalan2 Cari Menantu...

Hari ni Opah, Tok Wan, Lang dan 2 rakan Opah dari Batu Pahat Johor pergi ke Selama, Perak.  Opah tanya kenapa nak pergi Selama.  Bukannya pekan besar.  Tak ada apa yang best di Selama.  Jalan nak pergi pun macam ular kena palu. Malas juga Opah nak pergi tapi memandangkan hajat kawan, Opah ikut juga.

Macam biasa Tok Wan jadi driver. Opah mesti la duduk depan, tak kan nak suruh kawan perempuan Opah walaupun pensyarah duduk kat depan.  Jealous Opah bila sampai jalan bengkang bengkok.  Buatnya Tok Wan buat corner baring.  Habis!!!!!!!!!!

Tok Wan masa muda2 dulu masuk racing.  Tu la walaupun dah tua, cara pemanduan masih stail lama.  Kesian Opah tengok kawan2 kat seat belakang.  Mau lepas ni tak mahu lagi naik kereta kalau Tok Wan yang pandu.

Jauh Opah melalut.  Sebenarnya kawan Opah nak cari girlfriend anak saudaranya yang tinggal di Rantau Panjang, Selama, Perak.  Rantau panjang ada 2, 1 Rantau Panjang Selama Perak dan 1 lagi Rantau Panjang, Selama, Kedah.  Pekan Rantau Panjang cuma dua baris kedai di kiri dan kanan jalanraya.  Tok Wan berhenti kereta di tepi jalan dan 5 kepala dengan 10 biji mata baca nama2 kedai yang ada di situ.  Baca nama kedai sebab anak saudara kawan Opah bagi tahu yang girlfriend dia buka kedai jahit.  Yang nampak kedai jahit Cina, Melayu boooooo maaaaaaaaa....

Anak saudara beri nombor girlfriend, tapi kami call tak dapat.  Habis dengan Opah call.  Mana la tau nampak nombor Johor tak angkat.  Pakai nombor Taiping, pun tak jawab.  Buat habis duit saja sebab call masuk voice box.

Opah pun hairan.  Kenapa perempuan ni berahsia betul.  Orang dah cari rumah tu tanda yang jantan dah serius.  Ini tak. Main aci lot pula.  Selalunya betina yang terkejar2 jantan sampai jantan hari ni naik takut.  Tapi ni hairan bin ajaib bin masyhul.  Apa yang dia takut pun tak tau!!!!!.  Tengok gambar yang diberi, putih orangnya.  Ok aje muka hidung.  Kira allright la!!!

Dalam persahabatan kita perlu berterus terang.  Jangan tipu atau terlebih cakap.  Biar le orang menerima kita seadanya.  Kalau dari mula ikhlas, akhirnya sudah tentu kebahgiaan!!!

1 comment:

  1. rekemen kt eden ajer lah...umah semua xde tipu ha3

    ReplyDelete