Friday, October 28, 2011

Kahwin vs Hujan.........

Hari ini ada lagi kenduri kahwin.  Musim cuti sekolah, ramai yang ambil kesempatan buat kenduri kahwin.  Sehari kadang2 sampai dua tiga undangan majlis perkahwinan yang perlu dipenuhi.   Tak pergi tak kena.  Yang jemput sudah tentulah sahabat handai atau kaum keluarga.   Yang seronoknya, kadangkala keluarga yang tinggal jauh jemput dan sebelah rumah pula ada kenduri.  Macam mana tu??????

Semalam Opah dah bagi tau, Tepen bandar hujan.  Tapi orang Tepen ramai yang muda2 dan nak kahwin.  Hujan lagi best deme kata.  Yang tak bestnya orang2 macam Opah dan Tok Wan yang dah tak boleh makan daging banyak2.  Darah tinggi naik.  Cepat nak melatah!!!!!!!!!

Hari ni ada dua kenduri.  Dua2 kawan Opah.  Satu kawan masa Form 6.  Masa ,6 Opah suka duduk sebelah dia waktu Sastera.  Dia suka melukis.  Macam2 gambo dia lukis.  Satu gambo yang dia lukis sampai sekarang Opah simpan, muka perempuan dalam bentuk abstrak.  Ada tandatangan.  Yang mahal dia selit dalam buku Opah.  Manalah Opah tau dia ada hati kat Opah.  Opah masa tu bukan senonoh pun, macam tomboy......maklumlah budak sukan.

Tu kisah lama, tapi yang bestnya anak2 Opah dua tiga orang dia yang ajar.  Cikgu Sejarah la katakan.  Pase ape dia tak jadi cikgu Seni Lukis.  Hairan bin Ajaib.  Kenduri dia kat dewan.  Selamat!!!!!!!

Sorang lagi kawan, suami dia kebetulan kawan Tok Wan waktu di Simpang 4 Kangkong Alor Setar.  Adik Tan Sri Tajuddin.....Orang kaya kat Simpang 4 Kangkong.  Mesjid dia bina tersergam indah kat kampung Tok Wan.  Yang ini buat kenduri kat rumah.  Sah kena pergi awal.  Kalau lambat alamat basah.

Doa Opah hari ni tak hujan, tapi kat luar tu Opah tengok dah mendung.  Moh Tok Wan, Ucu, kita pi makan kenduri.  Jangan lupa bawa duit nak bagi pak dan mak pengantin.................

1 comment:

  1. Macam mana opah gi kenduri tapi tak makan daging? makan ayam masak merah jer lah,menu standard rumah kenduri.

    ReplyDelete