Sunday, October 16, 2011

Majlis Merisik.........

Anak Opah lima perempuan.  Dua dah selamat dapat anak perempuan.  Dah dua orang culatcu Opah.  Hari ni nampaknya Opah nak tambah perbesar family.  Dah ada anak teruna dari Sungai Petani yang berjaya mencuri hati anak Opah yang nombor 4.  Kalau tengok kan usia anak Opah yang baru 22 tahun, Opah tak berapa nak terima anak bujang dari Utara tu, tapi bila Opah dan Tok Wan bincang, kalau tak terima takut pula ada yang terjun laut atau terjun tangki minyak.................last2 redha aje le!!!!!!!!!

Hari ni dari pagi Opah sibuk dan menyibukan diri.  Maklumlah orang nak datang merisik anak dara kita.  Mesti tunjuk the best side.  Rombongan 8 orang datang jam 3 petang.  Dia orang baru balik makan kenduri.  Jadi Opah cuma sediakan koew teow Doli yang terkenal di Taiping dan Mee Hoon Sup juga trademark Taiping.

             Anak No 4

Kumbang yang minat kat dia

Pembuka Mulut - Bakul Penuh pelbagai buah (jenuh nak habis)

Balasan pihak perempuan - Sarawak Mali


Masa Majlis - Tok Wan kena jaga cucu (mak Dania kena make-up Alya)

Opah - tolong suapkan cucu makan (Mak dia juru kamera dan jaga dapur)


Lepas Sarung Cincin - ambil resti cium tangan bakal mentua 

Besan - Siapa besar? Gambar bertiga + Artis


Lang - Pengurus Dapur (Chef)

Juru mekap + mak Dania

Juru Kamera + Mak Afiqah (garangnya muka Alya)


Bakal Pengantin

 Alhamdulillah - Pak Dak baca Doa Selamat. Amin

Sebelum Opah end story, lupa Opah nak bagi tahu.  Rupa2nya bakal besan Opah ni punya hubungan keluarga dengan Tok Wan.  Satu moyang dengan Tok Wan.  Ambik kau.  Opah tak mahu anak2 Opah kahwin ahli keluarga,  -  rupanya Allah susun lain.  Keluarga  Tok Wan yang dah lama tak jumpa.  Macam Jejak Kasih  pula!!!!!!!!!

2 comments:

  1. Jangan bimbang. Yang dok ada ni pun dah pandai marah2....he3!!!!

    ReplyDelete