Monday, October 31, 2011

Pokok Buluh Madu

Buluh ada macam2 jenis.  Kalau musim raya, orang sibuk cari buluh lemang.  Nak buat rumah pada masa dulu orang guna buluh beting.  Nak tangkap udang pun guna buluh beting.  Nak anak derhaka, cari anak buluh betung.  Buat lantai rumah guna buluh duri.  Nak buat hiasan dalam rumah masa tahun baru Cina, cari buluh Cina.  Nak makan rebung yang sedap, masak cili api dengan perut Opah guna buluh madu.

Nama aje buluh madu.  Tok Wan jangan cuba pula nak buat Opah ada madu.  Tak tidur lena nanti!!!!!!!

Banyak sejarah dalam hidup Opah bermula dengan buluh.  Nak sambung belajar setelah tamat Darjah 6, teruk Opah kena pukul dengan ayah Opah dengan bilah buluh yang diraut untuk buat layang2.  Orang dulu2, anak perempuan lepas Djh 6, kena duduk rumah.  2 orang kakak Opah berhenti sekolah setelah tamat Djh 6, walaupun kedua2 layak naik tingkatan 1 sekolah menengah.

Kakak sulung kahwin umur 15 tahun.  Suami 19 tahun.  Mak Opah cite, lepas kahwin kakak Opah balik tidur kat rumah.  Kakak balik tidur rumah suami bila ayah Opah nak pukul dia.  Kakak kedua lewat kahwin kerana sakit.  Kalau tak kahwin muda juga.  Abang Opah pula lepas Djh 6 terus kerja 'Office Boy".  Umur baru 13 tahun.  Tapi abang belajar malam.  Opah dan Abang Opah ambil Sijil Rendah Pelajaran bersama.  Abang dalam Bahasa Melayu, Opah bahasa Inggeris.  Belajar sama2.

Impak daripada kena pukul dengan bilah buluh menjadikan Opah begitu suka dengan pokok buluh.  Bila sedih, bawah pokok buluh Opah duduk termenung.  Atau Opah ambil ranting buluh buat batang kail untuk memancing di parit atau sungai belakang rumah.  Nak main dengan kawan2 sebaya tak boleh.  Ayah pukul.  Tapi hairannya, kalau main untuk sekolah, ayah Opah galakkan.  Jadi nak main dan berjalan Opah jadi atlet sekolah.  Permainan, apa saja yang sekolah benarkan, Opah akan main.

Bila nak kahwin, Opah dengan Tok Wan duduk bawah pokok buluh di Lake Garden Taiping.   Bincang!!!!!!.

Semalam, Opah, Tok Wan dan anak bongsu Opah pergi ke Tunjang, Kedah cari benih buluh madu.  Rebung buluh madu sedap bila dimasak.  Opah dengan Tok Wan kalau dapat rebung buluh madu, sure masak cili padi campur perut lembu.

Alhamdulillah, dapat 10 pokok.  Tok Wan nak tanam keliling rumah baru kami.  Kalau ada rebung, boleh sedekahkan pada jiran2 dan keluarga. Hmmmmmmm..........nyaman gilak?????

2 comments:

  1. Rebung dari buluh betung pun sedap...makan rebung angin byk betul ker opah?

    ReplyDelete
  2. Semua jenis sayuran ada angin. Kalau tak makan sayur kurang pula zat badan yang diperlukan. Jangan makan banyak2 sudahlah Rezza.

    ReplyDelete