Tuesday, October 4, 2011

Rumah Sewa - Di manakan ku cari!!!!!!!!

Hari ni lepas hantar anak bongsu Opah pergi exam PMR, seperti biasa Opah dan Tok Wan cari gerai atau restoran untuk bersarapan pagi.  Tok Wan seperti biasa ajak pergi ke gerai kesukaan dia yang ada jual kari ikan sembilang.  Suka benar Tok Wan dengan kari ikan sembilang.  Kalau dah hari2 makan ikan sembilang, elok buat sangkar bela ikan sembilang kat Kuala Kurau tu...

Lepas breakfast, Opah dan Tok Wan menziarah allahyarham Bain, suami keluarga jauh Opah yang meninggal secara tiba2.  Menurut isterinya, arwah dah lama berhenti makan ubat darah tinggi.  Bahaya kalau tak ikut nasihat doktor.  Kita ni kalau dah kena darah tinggi, tak boleh nak berhenti makan ubat.  Kalau berhenti, datang pula penyakit lain....

Lepas balik, kami keluar sekali lagi untuk cari rumah sewa. Kawasan yang Opah dan Tok Wan fokuskan adalah berhampiran dengan rumah baru kami.  Pusing punya pusing, jumpa sebuah rumah kosong.  Tok Wan cepat2 berhentikan kereta.  Tok Wan bagi assalamualaikum kat tuan rumah.  Rupanya rumah tu rumah Ustaz yang sudah bersara.  Banyak benar cerita Ustaz ni.  Mula nak cari rumah dan jadi bertandang ke rumah kawan pula.  Macam2 kisah dirinya diceritakan.  Dengar ajelah kami dua orang ni........

Opah tengok masyarakat kat kampung hari ni peramah benor.  Baru jumpa sekejap kita dah boleh tahu salahsilah keluarga dia.  Ini baru dikatakan telus.........

No comments:

Post a Comment